Ramai orang marah bila Ketua Pemuda MCA meluahkan rasa tak puas hati dia terhadap kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini. Tapi, itulah hakikatnya.
Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda MCA tu sebenarnya merujuk kepada apa yang berlaku pada ketika ini. Dan dia sendiri perlu menerima kenyataan yang diluahkan sendiri.
Realitinya, Si Ketua Pemuda MCA tu tak dapat menafikan bahawa kawalan harga barang keperluan yang perlu diturunkan pada ketika ini terletak kepada peniaga serta pemborong.
Dan kebanyakkan peniaga serta pemborong itu didominasikan oleh satu kaum iaitu kaum Cina. Maka adakah ianya salah jika ada pihak yang membuat desakan terhadap mereka?
Kemarahan yang diluahkan oleh Si Ketua Pemuda MCA terhadap apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri sebenarnya membuktikan bahawa dia sendiri masih hidup dalam Penafian.
Isunya sekarang ini adalah untuk mendesak peniaga dan pemborong agar tidak bertindak sesuka hati mereka dan menaikkan harga barang sehingga mengakibatkan rakyat terpaksa tanggung beban.
Persoalannya sekarang, adakah itu pun susah sangat nak difahami oleh Si Ketua Pemuda MCA tu sendiri? Adakah dia lebih rela membela nasib peniaga serta pemborong yang tamak?
Jika benar Si Ketua Pemuda MCA tu mahu bertindak secara adil, dia sepatutnya bersama - sama dengan pihak Kerajaan memantau serta memastikan harga barang itu tidak dinaikkan secara membabi buta.
Sewajarnya pihak MCA perlu bersama - sama dengan pihak Kerajaan melakukan pemantauan dan memastikan harga barang berada pada tahap yang sepatutnya. Bukan meroyan tak tentu arah.
MCA perlu menunjukkan sifat mereka yang TAK RASIS dalam menangani isu kenaikkan harga barang dan lebih mengutamakan rakyat secara keseluruhan, bukannya membela peniaga serta pemborong yang menaikkan harga sesuka hati mereka sendiri!!!
MCA akan berada dlm kerugian kerana selama ini MCA hidup cuma kerana menumpang jenama BN. Cuba keluar drp BN nengok...dan cuba bertanding atas tiket MCA semata2...mmg takan laku di mata org2 cina...apatah lagi org2 melayu. Kadang2 terasa jugak yg MCA nie menumpang semata2 mahu memastikan kawasan melayu jugak diorang boleh sapu melalui jenama BN dan kawasan cina diorang bleh tikam belakang BN supaya DAP menang. Sorry la...sejak Tun Ling Liong Sik takde MCA dah jadi mcm sampah dipandangan saya sebagai ahli UMNO...
BalasPadamSheikh yusof chong al qador qadar we , have nt dalam bahasa melayu telur burung unta
BalasPadamMCA berlakon jer skrg nie...kita org melayu kena sedar...tak kira apa parti pun,kita melayu kena bersatu semula...tengok org cina,mereka telah pun bersatu walaupun berlainan parti utk memerintah negara ini melalui pemimpin melayu yg tak sedar diri...
BalasPadam