Isnin, Februari 02, 2015

Itu diantara luahan yang dinyatakan oleh seorang sahabat yang memberi ulasan kepada artikel yang disiarkan pagi tadi sewaktu makan tengahari. Konfiden betul dia nampak gayanya.

Dia kata, Si Ketua Penipu tu sekarang ni memang sedang mengalami masalah penyakit 'Sindrom Penafian' yang kronik. Maka sebab itu dia suka meroyan benda yang bukan - bukan. (Klik Sini)

Walaupun Si Ketua Penipu tu menjaja cerita kata dia yakin akan dibebaskan, tapi hakikatnya tak sebegitu. Sebaliknya Si Ketua Penipu tu tau yang kali ini dia tak akan terlepas.

Panel hakim mahkamah rayuan yang mendengar kes liwat Si Ketua Penipu tu terhadap Bekas Pembantu Peribadinya bukan calang - calang orang. Malah diketuai oleh Ketua Hakim Negara.

"Jadi, macam mana pulak Si KeTUM tu boleh yakin yang dia akan terlepas? Kalau sebelum ni hakim sorang, boleh la dia makan. Sekarang, takkan dia boleh makan Ketua Hakim Negara?"

Jelas sahabat tu lagi, dalam rayuan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini hanya mempertikaikan pasal isu bukti, sedangkan isu tu tak sepatutnya timbul didalam mahkamah rayuan.

Malah, sahabat itu juga turut merujuk kepada kenyataan media serta intipati ucapan yang dibuat oleh Si Ketua Penipu tu dalam siri jelajahnya sebelum ini menampakkan ketidak-yakinan dia sendiri.

"Dah berapa kali Si KeTUM tu sebut yang dia yakin bahawa dia tidak akan dipenjarakan. Tapi dalam masa yang sama, kenapa dia nak buat mesyuarat MPP sebelum tarikh 10 Februari?"

Ada betul jugak luahan yang dibuat oleh sahabat tu. Jika Si Ketua Penipu tu benar - benar yakin yang dia akan dibebaskan, kenapa pulak dia nak buat mesyuarat sebelum 10 haribulan?

Kalau orang yang betul - betul yakin, sudah pasti dia akan memanggil mesyuarat MPP tu selepas tarikh tersebut. Itu membuktikan bahawa Si Ketua Penipu tu sebenarnya tak yakin yang dia akan terlepas dari dakwaan meliwat Bekas Pembantu Peribadi dia sendiri!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. dia ke dlm ke atau kekal di luar ke...tidak memberi apa2 manafaat kpd ugama,bangsa & negara lagi.....dia akan jadi sampah hanyut jer...

    BalasPadam
  2. Yg terbaik buat dia... bnykkan bertaubat..jd tambah dosa kita je bila terfikir dia...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping