Selasa, Februari 24, 2015

Kalau kita kata Si Pak Berahim tu sekadar cuba untuk menipu diri dia sendiri, nanti marah pulak dek Macai - Macai Totok PAS yang jumud pemikiran tak nak bersatu atas nama Ummah.

Tapi hakikatnya dalam keadaan sekarang ni, kedudukan PAS sudah semakin terdesak. Diorang hanya dilihat terkontang kanting keseorangan dalam perjuangan Politik diorang sendiri.

Nak bersama - sama dengan DAPigs dan PKR pun tak boleh sebab, mereka sendiri telah dipinggirkan dan dilabelkan sebagai 'Pengkhianat' kepada Pakatan kerana membelakangkan 'Konsensus'.

Hari demi hari, Penghinaan demi Penghinaan dilemparkan oleh rakan sekutu mereka didalam Pakatan terhadap dasar perjuangan parti untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan.

Itu pun masih lagi Si Pak Berahim tu nak membodohkan diri sendiri dan menipu ahli diperingkat akar umbi? Masih lagi Pak Berahim nak tunjuk sikap sombong dan angkuh dia secara terbuka?

Walhal dikalangan ahli - ahli PAS sendiri pun ada yang menyambut baik cadangan agar diwujudkan kerjasama dengan UMNO supaya Perpaduan Ummah terpelihara di Malaysia ni.

Tapi, kalau Pak Berahim tetap juga mahu kekal dengan sifat sombong dan bangga diri, rasa diri dia mampu untuk berdiri diatas kaki sendiri tanpa sokongan orang lain, itu keputusan dia sendiri.

Kalau dia nak terus ber-Tahaluf Siyasi dengan puak - puak DAPigs dan PKR tu pun orang tak kisah. Setakat jadi pemimpin tapi parti sendiri terpaksa menggadaikan maruah, sudah pasti tak de sapa yang nak sokong!!! Hidup la Pak Berahim macam Kera Sumbang!!!
SHAH ALAM: Selepas kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, aktivis dan pemimpin PAS kini secara terbuka mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggabungkan parti Islam itu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik.

Seorang pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi memberikan cadangannya itu melalui akaun Facebooknya.

"Jika saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik selepas ini," tulis Roslan.

Roslan membuat cadangan itu selepas kematian Allahyarham Nik Aziz yang menjadi penentang utama kerjasama politik antara PAS dengan Umno. Roslan ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan beliau membuat tulisan itu di Facebooknya.


Ini kenyataan terbuka pertama daripada pemimpin dan aktivis PAS agar parti Islam itu bekerjasama dengan Umno khasnya untuk melaksanakan hudud.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. alahai SH...tulis tu biar terang....pak berahim tu sape?tak payah ler nak berkias bagai..buat poning org baca jer...direct to the point kan ke senang...sekadar teguran...walau bagaimana pun blog SH diantara yg terbaik dgn berita terkini...tahniah SH....

    BalasPadam
  2. KALAU PAS UMNO BERGABUNG MAKA PEMIMPIN PAS AKAN BANYAK KEHILANGAN JAWATAN. INI YG PENTING DIPERTAHANKAN LEBIH DARI PERPADUAN UMMAH. MASYARAKAT MAKIN KELIRU APABILA SEAGAMA BERMUSUHAN BWRPANJANGAN. TAK BERIMAN MEREKA YANG MEMUTUSKAN SIRATURRAHIM

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping