Nampak gayanya puak - puak DAPigs ni masih terus menerus memainkan sentimen perbalahan dikala ada pihak cuba mahu menyelesaikan masalah diantara mereka dengan PAS.
Apa yang pasti, tindakan mereka yang masih enggan mengaku kalah dan membuat dakwaan terhadap PAS dilihat sebagai satu retaliasi menolak agenda Islam yang dibawa parti tersebut.
Jika sebelum ini, kita dapat lihat keikhlasan DAPigs hanya sekadar 'berpura - pura' mahu menyelesaikan masalah tersebut sedangkan apa yang dilakukan adalah untuk 'Menunjuk Kuasa'.
(Artikel berkaitan: Guan Eng Tak Ikhlas Mahu Selesaikan Konflik!!!)
Kali ini, kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Organisasi DAPigs tu pula dilihat sebagai satu ugutan untuk menolak agenda Islam yang dibawa oleh PAS menjelang mesyuarat MPP Ahad nanti.
Katanya, PAS dilihat sengaja mahu merosakkan kerjasama diantara mereka didalam Pakatan dengan niat mahu membawa isu berkaitan dengan Perlaksanaan Hukum Hudud dalam mesyuarat tersebut.
“Ini jelas satu percubaan, satu agenda, untuk menggugat Pakatan oleh pihak-pihak tertentu dalam PAS. Pendirian kita jelas. Hudud bukan sebahagian daripada agenda Pakatan dan sebarang percubaan untuk memperkenalkannya adalah berlawanan dengan agenda itu,” kata Loke kepada Malay Mail Online.
“Keadaan banjir masih teruk di Kelantan, banyak kerja, pembinaan perlu dilakukan, kediaman orang telah musnah dan mereka mendesak perkara ini? Ia (bil hudud) sudah pasti akan dibangkitkan pada mesyuarat Ahad. Saya akan berada di sana,” tambah Loke.
Apa yang jelas, kenyataan Si Anthony Loke tu memang menunjukkan penentangan dan bantahan terbuka puak - puak DAPigs terhadap isu perlaksanaan Hukum Hudud di Negeri Kelantan.
Jika sebelum ini, PAS tetap mendakwa DAPigs berat sebelah apabila isu berkaitan dengan Pilihan Raya PBT juga tidak mendapat persetujuan yang sama didalam Pakatan Haramjadah tu.
Malah menurut PAS, DAPigs juga tetap berdegil mahu kekal melaksanakan Pilihan Raya tersebut biarpun ianya tidak dipersetujui didalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan sebelum ini.
Persoalan yang dibangkitkan PAS, kenapa DAPigs beria - ia benar mahu melaksanakan Pilihan Raya PBT itu sedangkan ianya bukan sebahagian dari perjuangan asas parti tersebut?
Kesimpulannya, puak - puak DAPigs ni tetap juga dengan pendirian mereka untuk menjadikan Islam sebagai musuh hakiki dan meng-GAGAL-kan sebarang usaha untuk memartabatkannya.
Tapi malang apabila masih ada dikalangan pemimpin - pemimpin PAS sendiri yang buta hati dari melihat KEBENARAN tersebut demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka semata - mata!!! Bukannya diorang peduli sangat dengan kepentingan Islam!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.