Sebagai Mantan Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Aziz sudah pasti ada kenangan yang cukup berharga dikongsikan bersama dengan rakan sejawatannya yang lain. Terutama sekali dengan MB Pahang.
Disampaikan oleh anak murid Allahyarham, Mohd Sayuti Omar (MSO), Nik Aziz pernah menceritakan kepadanya tentang gelagat dua orang Menteri Besar yang memberi kesan mendalam terhadap dirinya.
Yang pertama, Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis (kini menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang selalu bercakap bahasa Arab dengannya Allahyarham.
Seorang lagi yang selalu disebut - sebut oleh Allahyarham Nik Aziz dikala hidupnya ialah Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob. Jelas, MB Pahang juga mempunyai ruang disudut hati Allahyarham.
Sehinggakan MSO turut mengakui, Allahyarham Tok Gurunya itu pernah bercerita mengenai YAB Menteri Besar Pahang sebanyak dua kali. Ianya berkaitan dengan cerita yang sama.
"Tokguru ada bercerita dengan saya mengenai karektor dua orang MB yang selalu membantu dan bercakap-cakap dengannya semasa menghadiri persidangan Majlis Raja-raja.
Dua menteri besar itu ialah Adnan Yaakob (Pahang) dan seorang lagi Shahidan Kassim (Perlis). Menurut Tokguru, Shahidan selalu bercanda dengannya menggunakan bahasa Arab. "Suka sangat dia berbahasa Arab dengan ana, kadang-kadang ana tak faham bahasa Arab yang digunakan," cerita Tokguru.
Manakala Adnan pula menurut Tokguru selalu membantunya membawa beg minit mesyuarat. "Bila dia tenguk ana macam tak larat dia minta tolong bawakan hingga masuk ke bilik persidangan."
Cerita ini lama sudah diberi tahu Nik Aziz, dah dua kali berulang... ini bernunjukkan beliau menganjungi bantuan Adnan yang kecil itu." jelas MSO.
Demikian betapa terpahatnya ingatan Allahyarham terhadap 'bantuan kecil' yang dihulurkan oleh YAB Menteri Besar Pahang kepada dirinya selama menjadi Menteri Besar Kelantan.
Bahkan, jasa YAB Menteri Besar Pahang yang selalu membantu Allahyarham Nik Aziz membuka botol serta menuang air ke dalam gelas juga turut disampaikan kepada anak muridnya itu.
Bukan la tujuan artikel ini mahu membanggakan jasa kecil yang dihulurkan oleh MB Pahang itu semata - mata. Tetapi, jasa yang sekecil itu cukup dihargai oleh seorang tokoh seperti Allahyarham Nik Aziz.
Malah ianya turut memberikan kesan mendalam dijiwanya sehingga disampaikan pula kepada anak - anak muridnya agar menjadi renungan serta panduan mereka dimasa akan datang.
Maka benarlah seperti kata orang tua - tua, "Tak Kenal Maka Tak Cinta". Walaupun YAB Menteri Besar Pahang itu kelihatan bengis dan garang, tetapi perwatakannya tidak sedemikian rupa.
Lagi pun, orang tua - tua juga pernah berpesan, biarlah kita berjasa walaupun sekecil mana sekali pun, asalkan ianya ikhlas, sudah pasti akan dikenang jua suatu hari nanti. Sama - sama kita doakan agar Allahyarham Nik Aziz ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman. Al-Fatihah.
dah mati, dah tanam, bakal pecah peruy dan dimamh ulat
BalasPadamkenang pun tak mendatangkan faedah lagi .. tak payahlah nak berlebih lebih
naik meluat pulak aku membaca sana sini, puji puja yang entah apa-apa
banyak mana pun jasanya, apalah sangat kalau dibandingkan dengan perpecahan umat dan halangan perpaduan yg menjadi ajenda utamanya semasa hayatnya, menepis tangan bangsanya yang seugama tetapi sanggup perpelokan dengan bangsa yang menjadi penyembah berhala !!!
Itulah politik.... kenanglah kebaikannya dan mana-mana yang buruk diperbaiki dgn berhemah... waktu kita akan pasti sampai bila-bila masa...
BalasPadam