Sama ada ianya secara kebetulan atau pun memang itu hidayah yang diterima oleh Si Mujahid ini, kita tidak pasti. Tapi, inilah kali pertama dia bersikap JUJUR dihadapan khalayak ramai.
Mungkin buat kali pertama dalam seumur hidup Si Mujahid ini dia berani menegakkan kebenaran dan mengakui bahawa puak - puak Pakatan Haramjadah tu sedang mengalami masalah yang kronik.
Biar pun ianya tidak diakui secara terbuka, namun itulah kesimpulan yang boleh kita buat apabila dia menyeru agar puak - puak Pakatan Haramjadah tu sedar dengan keadaan semasa.
Dalam satu forum yang diadakan baru - baru ini, Si Mujahid tu tampil dengan mendedahkan bahawa puak - puak Pakatan Haramjadah tu selama hari ini hanya sekadar PENIPU RAKYAT.
Jelas Si Mujahid, penipuan sedemikian perlu dihentikan jika puak - puak Pakatan Haramjadah tu mahu bergerak ke hadapan supaya mereka terus kekal relevan untuk Politik tempatan.
Pengakuan itu sedikit sebanyak menjelaskan kepada kita bahawa puak - puak Pakatan Haramjadah tu memang dalam keadaan yang kucar kacir disebabkan perbalahan yang berlaku.
"Satu perkara yang kita perlu hentikan adalah mula mengatakan kepada rakyat kita tiada masalah. Ini perkara utama yang pemimpin Pakatan Rakyat perlu buat dengan mengaku yang kita ada masalah," katanya.
Ianya boleh dianggap sebagai satu pengakuan terbuka dilakukan oleh Si Mujahid secara terang - terangan yang selama ini dinafikan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri.
Apa yang pasti, Si Mujahid tu telah membuka pekung puak - puak Pakatan Haramjadah tu yang selama hari ini hanya sekadar menonjolkan sikap MUNAFIK mereka kepada rakyat secara umum.
TAPI, jangan salah sangka pulak. Tindakan Si Mujahid tu lakukan pendedahan sedemikian bukannya kerana dia muak dengan corak permainan Politik yang dipamerkan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu.
Sebaliknya, Si Mujahid tu hanya sekadar mahu menjaga kepentingan Politik Peribadi dia semata - mata. Bukannya dia buat untuk menyedarkan rakyat terhadap pembohongan serta penipua yang telah dilakukan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu!!!
Kapal sing dah padam. Nik ajis dah meningal. Nuar kat dalam. Maka PKR tinggal nyawa2 ikan.Itu la maksud si malaun ni.
BalasPadam