Jumaat, Februari 06, 2015

Tidak seperti sesetengah pihak lain yang baru pakai tudung seminggu dua dah dijemput untuk beri ceramah agama. Malah turut dijadikan tempat merujuk isu - isu berkaitan agama.

Dalam pada masa yang sama, mereka ini juga turut mengambil kesempatan untuk mengutuk dan mengkritik orang lain sesuka hati mereka diatas pentas - pentas ceramah yang diadakan.

Bahkan, ada juga dikalangan mereka yang sampai tahap mengeluarkan fatwa songsang melalui laman media sosial berdasarkan pemikiran jumud yang didoktrinkan oleh parti - parti Politik tertentu.

Tindakan sedemikian sebenarnya sangat memalukan terutama bagi mereka yang KONONnya baru 'berhijrah' dengan memakai tudung. Tak semestinya dia pakai tudung, membuatkan dia lebih Islam dari orang lain.

Maka, langkah dan tindakan yang dilakukan oleh Mizz Nina ni memang patut dicontohi oleh mereka yang dimaksudkan. Diorang perlu sedar dengan diri sendiri. Jangan diorang asyik nak meroyan je tak tentu arah dalam laman media sosial memburukkan orang lain!!!
PETALING JAYA: Penyanyi Mizz Nina memberitahu dia menerima banyak tawaran untuk memberi ceramah berkaitan agama Islam sejak menutup aurat sepenuhnya setahun yang lalu.

Bagaimanapun, Mizz Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 35, berkata, dia terpaksa menolak tawaran tersebut kerana merasakan dirinya belum layak dan bersedia ke arah itu.

"Sejak berpenampilan menutup aurat setahun lalu, saya banyak terima undangan mengadakan ceramah di majlis-majlis agama. 

"Saya terpaksa tolak kerana saya tidak layak untuk bercakap soal agama dan masih lagi belajar mendalami agama Islam, melainkan ia hanya sekadar berkongsi pengalaman berhijrah, " ujarnya kepada mStar Online.


Mizz Nina berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran kempen Cantik Di Mata yang diadakan di Restoran Rebung, di sini, Rabu.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping