DAP dikesan sedang menggerakkan orang-orang mereka dalam PAS untuk mempengaruhi dan menyekat sebarang usaha kerjasama antara parti itu dengan UMNO.
Berita tentang kerjasama antara UMNO-PAS sudah lama kedengaran, terutama selepas berlakunya krisis Menteri Besar Selangor. Kumpulan pro-Anwar dan Lim Guan Eng telah menonjolkan diri.
Merekaini tampil menentang keputusan serta ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS sebaliknya menyokong penuh usaha-usaha PKR dan DAP.
Tindakan Shaari Sungip dan Hasnul Baharuddin yang meloncat pantas menyokong PKR-DAP, dan mengengkari arahan PAS Pusat, merupakan kemuncak kepada krisis berkenaan.
Nak pulak selepas kepimpinan UMNO Selangor menyatakan persetujuan secara terbuka untuk menyokong PAS Selangor mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Di Kelantan, kegagalan Husam Musa menjadi Menteri Besar Kelantan selepas Allahyarham Nik Abdul Aziz tidak lagi disambung sebagai Menteri Besar Kelantan, menyemarakkan pertembungan dan konflik dalaman parti itu.
Husam Musa cuba mengambil kesempatan dari tragedi banjir besar di negeri itu dengan cuba menonjolkan diri sebagai pemimpin utama walaupun dia sekadar ADUN Salor dan tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Kerajaan Negeri.
Penyampaian derma oleh DAP secara simbolik kepada Husam Musa, tidak banyak membantu, sebaliknya semakin mendedahkan niat sebenar DAP yang menggunakan pemimpin-pemimpin tertinggi dan berpengaruh PAS sendiri menerusi dana sebanyak RM1.5 juta.
UMNO Kelantan sudah pun menyatakan persetujuan untuk menyokong Ahmad Yaakob, Menteri Besar Kelantan, dalam usaha kepimpinan negeri Kelantan membentang rang undang-undang Syariah (II) Kelantan di DUN dan Parlimen.
Persetujuan yang diberikan oleh UMNO Kelantan itu, telah menjadikan DAP seperti tidak keruan. DAP masih lagi menggunakan isu HUDUD dan Pakatan Rakyat untuk mengugut PAS.
Pada masa yang sama, DAP juga cuba mengajak MIC, MCA dan GERAKAN memboikot UMNO dan terus memusuhi PAS kerana hudud ang pada tanggapan mereka, tidak adil dan tidak mengikut Perlembagaan.
Justeru itulah, kita sedang dan dapat melihat betapa kalutnya para pemimpin DAP mengeluarkan pelbagai kenyataan berhubung hudud dan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Sementara itu, lebih ramai rakyat Malaysia yang mahu melihat suasana aman dan tenteram kesan daripada persemendaan PAS dan UMNO, sekaligus menyekat kemaraan dan kedurjanaan DAP yang cuba menghapuskan teras negara ini. (Artikel Asal, klik sini)
PS: Jadi tak heran la bila ada ADUN DAPigs yang cuba merancang untuk menghasut rakyat untuk buat perhimpunan!!! Klik Sini
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.