Hehehe!!! Jangan la Si Nurul Izzah tu nak berangan - angan tak tentu arah nak menggantikan tempat Papa dia sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen sebab dia memang TAK LAYAK pun!!!
Hakikatnya, Si Nurul Izzah ni bukan setakat tak layak nak jadi Ketua Pembangkang. Malah kedudukan dia sebagai seorang Ahli Parlimen dan wakil rakyat pun tak layak jugak sebenarnya.
Mana tidaknya. Sebelum ini pun, dia juga yang KANTOI menabur fitnah terhadap calon Barisan Nasional sewaktu Pilihan Raya Umum yang lepas semata - mata nak kekalkan kerusi dia.
Jadi, bagaimana mungkin Si Nurul Izzah tu rasa diri dia layak untuk digelar Ahli Parlimen sedangkan tindakan dia sendiri tidak membayangkan seorang pemimpin yang ADIL kepada rakyat?
Dia menang pun sebab tindakan dia menabur fitnah terhadap orang lain. Bukannya atas dasar kredibiliti dia menjadi seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab. Kalau tak tabur fitnah, jangan harap la dia dapat jejak kaki semula ke Parlimen tu!!!
SERDANG - Dewan Ulama Pas Pusat tidak pernah mengetepikan keupayaan anak muda dalam kepimpinan parti itu namun kriteria itu tidak boleh digunakan dalam pemilihan ketua pembangkang yang baharu.
Pemangku Naib Ketuanya, Datuk Dr Mahfouz Mohamad berkata, pemimpin muda tidak sewajarnya dicalonkan memandangkan jawatan itu perlu diisi oleh individu yang mempunyai keupayaan dan berpengalaman dalam jatuh bangun dunia politik.
"Saya ada dengar suara-suara hendak hantar nama Nurul Izzah untuk jadi ketua pembangkang, tapi itu tidak sepatutnya.
"Sedangkan Tuan Guru Hadi itu banyak pengalaman, lama dalam turun naik dan sudah biasa dengan politik.
"Kalau (presiden Pas) dapat sokongan itu memang setuju sangat jadi ketua pembangkang," katanya kepada pemberita selepas Multaqa Ulama Semalaysia II di Stadium Tertutup MPSJ, di sini, hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.