Istilah 'Cantik' itu bukan pada Mata, tapi pada Akal... |
Alkisah dalam satu ceramah, Si Ostad Famous ni telah ditanya oleh sekeping kertas yang dihantar oleh pembantunya. Siapa yang tanya soalan kepada Ostad tu kita tak pasti la pulak ye tak.
Sama ada soalan tu dia buat sendiri atau betul - betul dari kalangan mereka yang datang dengar ceramah, kita tak tau. Itu urusan diantara Si Ostad Famous tu dan pembantunya dengan Allah S.W.T.
Soalannya, "Kenapa Allah tidak menciptakan semua kaum hawa diatas muka bumi ini sama cantik dan sama comel agar senang kaum Adam untuk memilihnya?"
Maka puas la Si Ostad Famous tu pusing satu dunia menjawab soalan yang diajukan melalui kertas tu kepada dia. Sampai ke Afrika dia pusing cerita pasal perempuan leher panjang dan sebagainya.
Walhal, nak menjawab soalan tu dengan menggunakan logik akal (seperti mana biasa dilakukan oleh Si Ostad Famous tu) bukan la susah sangat. Tak perlu dia nak pusing sampai Afrika.
Pertama sekali, kita perlu mengucapkan 'Nauzubillah' diatas soalan yang diajukan kerana soalan itu seolah - olah mempertikaikan kuasa Allah S.W.T yang Maha Besar dan Maha Pencipta.
Kedua, semua ciptaan Allah S.W.T diatas muka bumi ini cantik - cantik dan comel - comel belaka. Tidak ada satu pun ciptaan Rabbul Jalal itu yang cacat serta cela kerana setiap manusia itu sama.
Yang membezakan manusia ini hanya akal dan fikiran mereka. Maka akal dan fikiran itu juga yang menentukan apa yang cantik dan apa yang tidak, apa yang comel dan apa yang huduh.
Sewajarnya, setiap manusia itu perlu menggunakan akal dan fikiran mereka bagi melihat kecantikan serta keindahan disebalik ciptaan Yang Maha Esa. Terutama sekali dikalangan manusia sendiri.
Didalam kecacatan itu pasti ada kecantikannya. Dan tidak semua kecantikan mata itu cantik dari sudut lain. Ada yang rupa parasnya saja yang cantik, tapi perangainya huduh dimata orang lain.
Begitu sebaliknya. Ada yang rupanya tak berapa cantik, tetapi hati budinya baik. Suka menderma, suka beribadah, suka beramal dan sebagainya. Dan hakikatnya, itu yang paling cantik.
Maka kesimpulannya, sebagai manusia kita tak perlu nak mempertikaikan kuasa Allah S.W.T dan menerima hakikat bahawa setiap ciptaan-Nya itu cantik - cantik belaka. Dalam erti kata mudahnya, cantikkan akal kita dulu baru yang lain - lain pun cantik juga!!!
PS: Serupa macam Si Mak Janda tu juga la. Rupa je cantik, tapi perangai macam Haramjadah. Semua benda tak elok belaka bagi mata dia!!!
Mak Janda tu memang Haram Jadah...
BalasPadam