Ahad, Februari 08, 2015

KUALA LUMPUR - Sekumpulan ahli PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur mendakwa Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli menjadi dalang kepada usaha menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Kumpulan yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim itu menuntut Dr Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai agar meletakkan jawatan kerana cuba menggulingkan presiden.
Tapi tindakan yang dilakukan oleh kumpulan tersebut tidak mengejutkan kita sebenarnya. Sebaliknya, dakwaan yang dibuat oleh blogger Pro Pakatan ini yang menghairankan kita.

Kenapa pulak blogger tersebut boleh tuduh demonstrasi sedemikian rupa sebagai satu budaya amalan 'Politik Samseng' sedangkan selama ini mereka juga yang menyuburkannya?

Ulasan blogger Kelab Greenboc itu melalui artikel yang disiarkan hari ini, gejala sedemikian sudah lama disuarakan olehnya kepada kepimpinan PAS Pusat, tetapi ianya tidak diendahkan.
"Sebelum ini GB pernah meminta agar PAS Perlu Serius Benteras Budaya Samseng Di Dalam Parti. Tetapi seruan GB tidak diindahkan. Almaklum ... GB cuma ahli biasa PAS," jelas blog tersebut
Selain itu, dia turut membuat dakwaan melulu dengan menuduh UMNO yang menyemai budaya sedemikian didalam PAS sedangkan mereka sendiri yang suka buat kerja - kerja yang tak berfaedah tu.

Persoalannya, adakah blogger tersebut selama hari ini buta dari melihat perkara yang sebenar dihadapan matanya sendiri? Siapa yang suka buat demonstrasi tak tentu arah selama hari ini? 

UMNO ke yang anjur demonstrasi depan Parlimen selepas Pilihan Raya Umum yang lalu? UMNO ke yang buat demo turunkan harga minyak? UMNO ke yang anjur perhimpunan BERSHIT?

Bukan ke puak - puak Pakatan tu juga yang kata, mereka buat semua tu hanya sekadar untuk meraikan Kebebasan Hak Bersuara? Jadi, kenapa pulak blogger Pro Pakatan tu nak salahkan orang lain pulak? Sendiri cari penyakit, sendiri tanggung la!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. eh...musibat ni baru nampak muka......
    yang aku heran apsal blogger geng BN tak mainkan isu bagi panas berapi bila musibat hatta ramli ni tak jenguk pun kawasan dia bila banjir?
    dah sedap dapat peluru tetiba tak pakai plak

    BalasPadam
  2. Sebab logiknya kalau blogger geng BN main isu ni habis-habisan, had belah sana bagi alasan geng BN yg start fitnah. Senang, lantak dia orang la bergaduh sesama geng.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping