Isnin, Februari 09, 2015

Isu ISA sampai koyak baju.
Berdepan dengan ahli sendiri pun takut?
Heh! Takut nak membela maruah diri sendiri dari dicabuli oleh puak - puak yang mengadakan demonstrasi semalam? Pemimpin apa yang takut untuk menghadapi kebenaran?

Hakikatnya, yang dipertikaikan semalam adalah pendirian serta ketetapan yang melibatkan peribadi dirinya sebagai seorang pemimpin. Jadi, kenapa dia takut nak buat ulasan mengenainya?

Perkara itu sedikit sebanyak membinggungkan sesetengah pihak, terutama yang memberi sokongan padu kepada dirinya yang didakwa sebagai pemimpin 'Munafik Haraki' oleh pendemonstran semalam.

Kenapa dia enggan membela dirinya sendiri dan membiarkan penyokong - penyokongnya dibelasah didalam laman media sosial? Kenapa dia biarkan mereka terkontang kanting sendirian?

Cuba kita bayangkan. Kalau yang membuat dakwaan dan menggelarkan dia sebagai seorang pemimpin 'Munafik Haraki' itu dari kalangan orang UMNO atau Barisan Nasional. Bagaimana pula responnya?

Sudah pasti sampai ke lubang cacing dia akan buat tuduhan serta mengecam tindakan sedemikian. Tapi, disebabkan yang bersuara itu dari kalangan ahli parti sendiri, dia diam terkedu.

Mungkin dia sendiri pun tidak menjangkakan perkara seperti itu akan berlaku. Maka sebab itu dia tidak mampu untuk meluahkan rasa hati dia dengan kata - kata. Tidakkah dia ada rasa terkilan?

Ataupun kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh kumpulan pendemonstran semalam? Tidakkah dia anggap apa yang berlaku itu sebagai satu ancaman untuk mencemar nama baiknya sendiri?

Atau dia sendiri tidak peduli bila kemaluan dia didedahkan sedemikian rupa sehingga membuatkan nama baik serta maruah dirinya tercemar? Apa tindakan yang akan diambil selepas ini?

Persoalan yang diperkatakan diperingkat bawahan, adakah benar seperti apa yang didakwa oleh puak - puak pendemonstran semalam? Adakah dia seorang Pengkhianat yang mahu menjatuhkan Presiden?

Jika apa yang didakwa dan dituduh oleh mereka itu tidak benar, adakah dia berani untuk ambik tindakan yang sewajarnya? Berani atau pun tidak dia nak saman orang yang melemparkan tuduhan tersebut? Kalau setakat berdiam diri je, baik tak payah!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. apa meroyan nih. angin takda, ribut pun takda, tetiba membebel nih kenapa? entah mana hujung dan pangkalnya pun tak tau lak tuh.

    BalasPadam
  2. Dia nak membebel ka, terbebel ka ..apa yang yang menyengat Ale Uto kau sampai bengkak?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping