Jika semalam kita siarkan satu artikel berkaitan dengan kemungkinan respon yang akan diberikan oleh puak - puak DAPigs terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan.
Dengan menyatakan keengganan PAS untuk mendedahkan draf perlaksanaan Hukum Hudud sewaktu mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan semalam boleh dijadikan 'Bola Tanggung' untuk mereka.
(Artikel Berkaitan: Gerenti Nyonya Kok Suka Gila Baca Berita Ni!!!)
Kali ini, kita dedahkan pulak reaksi yang bakal diberikan oleh sesetengah pemimpin PAS seperti Si Mujahid Rawa terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan tu sendiri.
Kalau sebelum ini, Si Mujahid tu menegaskan bahawa kepentingan menjaga kebajikan rakyat yang dilanda banjir adalah lebih penting dari perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan.
Apa yang jelas, kenyataan yang dibuat oleh Si Mujahid itu dilihat senada dan lebih menyebelahi puak - puak DAPigs yang selama ini menolak perlaksanaan hukum tersebut dijalankan.
Bahkan Si Ketua Penipu tu sendiri sebelum ini pun turut meluahkan perkara yang sama. Ianya memberi gambaran seolah - olah Rejim PAS Kelantan tidak mengendahkan kebajikan rakyat.
Malah ada juga yang melihat kenyataan mereka itu seperti satu tuduhan berat terhadap pentadbiran PAS Kelantan yang dianggap mengabaikan kepentingan mangsa banjir di Negeri itu.
Maka sudah pasti kenyataan dan penegasan yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan semalam bakal membuatkan puak - puak tu meroyan tak tentu arah dan menangis tanpa berair mata.
Kata Menteri Besar Kelantan, draf pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) berhubung perlaksanaan Hukum Hudud itu tetap akan diadakan bulan depan.
Selain menjelaskan isu perlaksaan Hukum Hudud dan membantu mangsa banjir di negeri itu adalah dua perkara yang berbeza, namun menurut kata MB Kelantan, ianya tetap WAJIB dilaksanakan.
"Kewajipan ini seumpama kewajipan solat lima waktu yang tidak boleh dipertikai pensyariatannya. Solat wajib didirikan walaupun musibah melanda dan tidak boleh melengah-lengahkan solat apatah lagi mengesampingkannya dengan alasan untuk memberi laluan kepada semua mangsa musibah memperolehi hak kebajikan mereka secara sempurna.
"Begitulah juga hukum syariah termasuk kanun jenayah syariah yang bakal dilaksanakan di Kelantan. Usaha menegakkannya di muka bumi ini mesti berjalan seiring dengan agenda kebajikan dan kemasyarakatan yang lain," katanya.
Kesimpulannya, tak payah la Si Mujahid Rawa tu nak sibuk tak tentu arah menyokong puak - puak DAPigs tu dan menjadi Pengkhianat kepada parti. Takkan pulak anak kepada seorang tokoh PAS ni boleh lupa perjuangan yang didokong oleh ayahnya sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.