Bukan calang - calang orang boleh buat Si Mak Janda tu tak terkeruan. Hanya orang tertentu sahaja yang mampu buat benda macam tu. Tak semua orang mampu walaupun berpengalaman.
Kena bayar RM 10ribu pun tak menjadi masalah asalkan Si Mak Janda tu kantoi kerana terlalu mengikut nafsu serakah dirinya sendiri yang akhirnya nanti bakal mengundang padah.
Apa yang pasti, kenyataan dan pengakuan yang dibuat oleh Si Mak Janda tu sebelum ini membuktikan bahawa dia telah membuat dakwaan tanpa merujuk kepada pihak yang berkenaan.
Dalam erti kata mudahnya, Si Nurul Izzah tu telah menabur fitnah terhadap Pengerusi NFCorp dengan membuat dakwaan yang bukan - bukan. Maka, memang patut dia dihadapkan ke mahkamah.
Tapi, MACAI Pakatan jangan berkokok tak tentu arah. Bayaran yang diarahkan oleh pihak mahkamah sebelum ini terhadap Pengerusi NFCorp tu bukan sebab dia kalah dalam kes tersebut.
Sebaliknya sebagai satu ganti rugi kepada pihak defendan (Nurul izzah dan Saifuddin Nasition) kerana memohon untuk meminda pendakwaan yang dibuat terhadap mereka berdua.
Maknanya, pertuduhan yang dibuat terhadap mereka berdua tu telah ditambah oleh Pengerusi NFCorp dengan butiran 'berniat jahat' terhadap dirinya didalam kes saman fitnah tersebut.
Pada 24 Dis 2013, Pengerusi NFCorp memfailkan saman dengan mendakwa Si Nurul Izzah membuat tuduhan berhubung pembelian lapan unit hartanah menggunakan dana yang diperuntukkan kepada NFCorp.
Dalam pernyataan tuntutannya, kenyataan Si Nurul Izzah itu membawa maksud beliau dan keluarganya menyalah gunakan dana NFCorp untuk membeli unit hartanah berkenaan bagi kegunaan sendiri.
Kesimpulannya, Si Nurul Izzah tu tetap juga akan didakwa kerana telah menabur fitnah terhadap Pengerusi NFC Corp tu tanpa merujuk kepada fakta dan berniat jahat untuk mencemar imej serta menjatuhkan maruah dihadapan khalayak ramai!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.