Banyak yang kita tak tahu mengenai Allahyarham Nik Aziz ni. Dia bukan saja seorang Bekas Menteri Besar Kelantan yang paling lama bermula dari tarikh 22 Oktober 1990 sehingga 6 Mei 2013, yakni Pilihan Raya Umum yang lalu.
Selain itu, Allahyarham Nik Aziz telah menggantikan Allahyarham Ustaz Yusof Rawa (Bapa kepada Mujahid) sebagai Mursyidul Am PAS sejak tahun 1991 selepas bergelar Menteri Besar Kelantan.
Mula menjejakkan kaki dalam kancah Politik d Malaysia pada tahun 1967, iaitu pada ketika UMNO dan PAS mula mengorak langkah bergerak dibawah satu parti iaitu Barisan Nasional.
Allahyarham Nik Aziz mula - mula bertanding di Parlimen Hilir Kelantan pada tahun yang sama (kini dikenali sebagai Parlimen Pengkalan Chepa) dan memegang jawatan tersebut sehingga tahun 1986.
Selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan pada tahun 1977, Allahyarham merupakan diantara pemimpin muda dalam parti yang kuat mengkritik Presiden PAS yang telah bertindak keluar dari Barisan Nasional.
Tentangan Allahyarahm itu timbul berikutan tindakan melulu Presiden PAS pada ketika itu, Mohd Asri yang bertegas mahu memecat Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasir sehingga menyebabkan PAS hilang Negeri Kelantan.
Datuk Mohd Nasir pada ketika itu juga turut mendapat sokongan dari kalangan pemimpin - pemimpin Barisan Nasional yang lain terutama sekali dari UMNO yang dipimpin oleh Tun Hussien.
Melangkah keluar dari Politik Persekutuan, Allahyarham Nik Aziz berjaya memenangi kerusi DUN Chempaka pada tahun 1986 sehingga 2013. Pada tahun 1990, PAS berjaya merampas kembali Negeri Kelantan.
Punca perbalahan Allahyarham Nik Aziz dengan UMNO bermula sejak PAS Kelantan cuba untuk membentangkan Hukum Hudud bagi menggantikan Undang - Undang Sivil di Negeri Kelantan.
Namun cadangan tersebut mendapat tentangan dari Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang pada ketika itu melihat perlaksanaan Hukum tersebut tidak menyeluruh.
Allahyarham menarik diri dari menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 (2013) atas faktor usia dan tempatnya digantikan dengan YAB Datuk Ahmad Yaakob. Semoga Allah merahmati Allahyarham dan tempatkan dia dikalangan orang yang beriman. - Al-Fatihah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.