Ahad, Mac 22, 2015

Apa pandangan korang mengenai analisa yang dibuat dibawah ni? Adakah mampu puak - puak PAS tu untuk mendapatkan sokongan mudah bagi meluluskan perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan?
Perjalanan untuk melihat hudud dilaksanakan di negeri Kelantan masih lagi panjang dan jauh. Beberapa akta dan fasal dalam Perlembagaan harus dipinda di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Dua perkara yang perlu dipinda ialah Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa Jenayah 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada negeri Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu.

Untuk meminda dua akta ini hanya memerlukan sokongan “simple majority” atau 112 orang ahli parlimen bersetuju bagi membolehkan ianya diluluskan. Apakah cukup jumlah 112 untuk membolehkan undang undang itu dipinda di parlimen?

Jika dilihat data semua ahli parlimen Islam yang ada dalam Dewan Rakyat, jumlahnya adalah 136 orang secara keseluruhan. 136 orang ahli parlimen Islam itu merangkumi :

1) Ahli parlimen UMNO –  87 orang, 2) Ahli parlimen PBB – 10 orang, 3) Ahli parlimen Bebas, Khalid Ibrahim – 1 orang, 4) Ahl parlimen PAS – 21 orang, 5) Ahli parlimen PKR – 15 orang (tidak termasuk Anwar Ibrahim yang sudah berada di penjara), 6) Ahli parlimen DAP – 2 orang ( Ariff Sabri, Raub dan Zairil, Bukit Bendera).

Dalam jumlah 136 orang ini, disyaki ada 7 orang ahli parlimen PAS adalah condong kepada PasMa. Mereka yang condong kepada PasMa ini sudah tentu tidak akan mengundi untuk bersetuju dengan pindaan dua akta tersebut bagi meluluskan hudud di Kelantan.

Mereka ini juga adalah kalangan yang bersetuju agar kalimah Allah SWT digunakan oleh orang bukan Islam.

2 orang ahli parlimen DAP iaitu Ariff Sabri dan Zairil sudah tentu tidak akan mengundi untuk menyokong hudud. Sementara itu, kesemua 15 ahli parlimen PKR juga dijangka tidak akan mengundi untuk menyokong hudud diluluskan di parlimen.

Sementara itu, tiada arahan khusus diterima ahli Parlimen BN termasuk UMNO sama ada untuk menyokong atau menolak rang undang-undang hudud yang akan dibawa oleh Pas, kata Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Ahli Parlimen Johor Bahru itu menyatakan MP BN akan mengundi berteraskan suara hati mereka kerana isu berkenaan melibatkan  soal akidah. 
Jika semua ini dijumlahkan (7 orang Pasma + 2 ahli parlimen DAP + 15 ahli parlimen PKR + 1 atau lebih ahli Parlimen UMNO), jumlahnya adalah 25 orang atau lebih. 
Daripada jumlah asal 136 orang ahli parlimen Islam, jika 25 orang ini atau lebih dijangka tidak akan mengundi untuk hudud maka jumlah yang akan tinggal adalah 111.

Jumlah 111 ini adalah jumlah yang TIDAK CUKUP untuk meminda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) Bidang Kuasa Jenayah 1965 dan Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan seterusnya membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.

Jumlah 111 itu akan menjadi semakin kecil jika ada lagi ahli Parlimen PAS turut sama condong kepada PasMa dan tidak mengundi hudud. Difahamkan daripada sejumlah 21 orang ahli parlimen PAS, hanya 7 yang baru disyaki menyokong PasMa. 


Jika MP liberal UMNO dan PasMa semakin bertambah maka harapan untuk membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan sudah pasti tidak akan menjadi kenyataan. - Sumber, TV14
Apa yang jelas, serba sedikit analisa diatas mampu membuatkan DAPigs tersenyum lebar kerana PAS akan menghadapi kesukaran untuk mendapat kelulusan yang diperlukan. Jika itu berlaku, maka terpaksa la PAS merangkak mintak maaf dengan DAPigs!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Salam Bro,tu yang kita simpati dengan PAS.Nafsu besar tetapi tak faham dengan keupayaan sendiri.Elok-elok dengan UMNO,dia keluar dan buat musuh dengan UMNO.Sekarang ni PAS nak salahkan siapa kalau gagal nak laksanakan Hudud di Kelantan ? Paling mudah PAS akan salahkan UMNO ! Harap-harap tidak !

    BalasPadam
  2. Tetapi jangan lupa , segala ketentuan adalah dari ALLAH subahanawatala.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalammualaikum wmt,
      Tepat sekali.....
      Tak ada kuasa lain yg boleh jadi penentu.....
      Ramalan manusia sekadar ramalan semata-mata..... namanya pun ramalan....

      Padam
  3. Marilah kita sama2 mendoakan agar enakmen hudud dapat kelulusan parlimen Malaysia untuk dilaksanakan di Kelantan. Semuga ianya berjaya. Selepas itu marilah kita doakan seluruh negeri2 di Malaysia akan melaksanaka hukum hudud diseluruh Malaysia UNTUK ORANG ISLAM Sahaja. Mudah2an umat Melayu Islam di seluruh Malaysia akan menjauhi jenayah. Semuga kadar jenayah dikalangan bangsa Melayu menurun dengan mendadak. Biarkan orang2 Cina dan India sahaja yang melakukan jenayah. Lepas itu bolehlah kita luluskan hukum jenayah sivil dimasokkan dengan mandatori rotan. Sebagak awalan saya mendoakan PAS berjaya sebagI negeri pertama melaksanakan hikum Allah dibumi Melayu ini.

    BalasPadam
  4. Ini bukan penentu bagi PAS, sebaliknya DAP. 'what u give, u get back'

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping