Huh! Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari pengundian untuk Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka? Punya la tak cerianya PRK kali ini sampaikan kita sendiri pun tak sedar pulak dibuatnya.
Walaupun sebelum ini, ada jugak la usaha puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak 'memanaskan' keadaan dengan kehadiran beberapa orang 'selebriti' sewaktu kempen dijalankan.
Tapi ternyata, semua itu tidak mampu untuk mengubah keadaan. Maka sebab itulah Pilihan Raya Kecil di DUN Chempaka itu 'sunyi sepi' dari sebarang provokasi melampau yang menjadi kebiasaan puak - puak Pakatan Haramjadah tu selama hari ini!!!
KOTA BHARU - Sembilan buah sekolah di sini mula dibuka 8 pagi ini untuk membolehkan 20,390 pemilih mengundi pada PRK Dun Chempaka.
Sembilan sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gajah, SK Sabak, SK Parang Puting, SK Kem, SK Che Deris, SK Seri Chempaka, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badang, SMK Pengkalan Chepa, dan Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A'ishah Putri Chempaka.
Proses pengundian akan berlangsung sehingga jam 5 petang. PRK Dun Chempaka menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon Pas dan empat calon bebas.
Pas diwakili Ketua Urusan Ulama Pas Dun Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42.
Empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55, dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.
PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, pada 12 Feb lepas.
Pada proses pengundian awal pada 18 Mac lepas, sejumlah 35.40 peratus atau 530 orang daripada 1,497 pengundi awal daripada kalangan anggota tentera dan pasangan mereka telah menunaikan tanggungjawab mereka.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.