Sabtu, Mac 21, 2015

Mungkin bagi sesetengah orang, kenyataan yang dibuat oleh Si Nizar Lilin ni hanya sekadar menampakkan sifat dia yang tak sedar diri. Tapi sebenarnya, ada betul jugak apa yang dia katakan.

Hakikatnya, kepimpinan PAS hari ini memang memerlukan perubahan. Mereka tak boleh kekal dalam keadaan sedia ada. Jika perubahan tidak dilakukan, maka parti itu tak akan ke mana.

Hari ini kita boleh lihat, dengan kepimpinan PAS sedia ada, parti itu dilihat semakin hilang harga diri serta maruah yang suatu ketika dulu boleh dijadikan kebanggaan bagi ahli diperingkat bawahan.

Walaupun Si Hadi Awang tu kata jumlah keahlian PAS pada ketika ini semakin bertambah dan mencecah hampir satu juta orang, tapi ianya tidak memberikan sebarang kesan signifikan.

Sebaliknya, jumlah penambahan ahli itu hanya sekadar 'Angka Kosong' jika hendak dibandingkan dengan maruah serta harga diri yang digadaikan oleh kepimpinan PAS tu sendiri.

Saban hari, kita baca dilaman media, tohmahan demi tohmahan dilemparkan terhadap PAS. Tuduhan - tuduhan liar mula menghujani parti itu sejak mereka mula ber-Tahaluf Siyasi dengan Pakatan.

Akibatnya, PAS hilang identiti, hilang integriti serta kredibiliti sebagai sebuah parti yang boleh dibanggakan. Semuanya hanya kerana ada dikalangan pemimpin tertinggi parti itu yang GAGAL menjalankan tugas.

Bahkan, orang macam Si Nizar Lilin tu sendiri yang merosakkan PAS dari luar dan dalam. Ketika mereka diserang, ada dikalangan pemimpin PAS tu hanya sekadar membatu dan mendiamkan diri.

Mereka sedikit pun tidak mengambil langkah untuk mempertahankan parti. Sebaliknya, ada pulak dikalangan mereka yang menggambil kesempatan untuk mengutuk parti itu secara terbuka.

Jadi, memang patut sangat la PAS hari ini melakukan perubahan dari segi kepimpinan mereka. Orang macam Si Nizar Lilin tu sendiri perlu disingkirkan sebab GAGAL memberikan sebarang faedah kepada parti. Setakat jadi Pak Angguk Saja je buat apa!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping