Gembira sampai Si Sam Ketot tu terkencing dalam seluar??? Terasa pelik pulak bila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Sam Ketot ni. Apa maksud dia yang sebenarnya?
Jika sebelum ini, Si Sam Ketot tu kata PAS pasti akan 'gembira' apabila mendengar keputusan yang bakal diumumkan oleh PKR berhubung isu perlaksanaan Hukum Hudud tu di Kelantan.
PETALING JAYA: PKR malam tadi membuat keputusan yang “pasti menggembirakan” PAS selepas kerajaan Kelantan pimpinan parti itu meluluskan pindaan undang-undang ke arah melaksanakan hudud di Kelantan.
Majlis Pimpinan Tertinggi PKR bermesyuarat hampir dua jam namun keputusannya hanya akan diumumkan hari ini, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bagaimanapun Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu Antarapos bahawa keputusan mesyuarat PKR itu akan menceriakan PAS.
“Insya Allah PAS akan gembira dengan keputusan PKR malam ini,” kata beliau tanpa mengulas lanjut.
Persoalannya, berita apa yang dimaksudkan oleh Si Sam Ketot tu yang dikatakan mampu untuk menggembirakan PAS berhubung isu perlaksanaan Hukum Hudud mereka di Kelantan?
Adakah keputusan PKR untuk menolak dan tidak menyokong cadangan PAS untuk melaksanakan Hukum tersebut akan membuatkan parti itu berasa 'gembira' seperti yang digambarkan?
Hakikatnya, Si Sam Ketot tu sedar atau tidak akan pendirian partinya sendiri sebelum ini? Atau dia masih lagi ketinggalan dalam mengikuti perkembangan terkini mengenai isu tersebut?
Bukan ke PKR dah buat keputusan untuk MENOLAK dan TIDAK MENYOKONG isu perlaksanaan Hukum Hudud tu sebelum ini? Ke Si Sam Ketot tu yang dah tersalah tengok minit mesyuarat?
(Artikel Berkaitan: Pemimpin PKR Isytihar Diri Mereka 'Kafir'???)
Jelas, kenyataan yang dibuat oleh Si Sam Ketot tu bukan saja bertujuan untuk memperdayakan PAS. Tapi sebaliknya Si Sam Ketot tu pulak yang pening kepala lutut dibuatnya.
Maka, tak payah la Si Sam Ketot tu nak kelirukan orang lain dengan dakyah pembohongan dia yang bukan - bukan. Kalau setakat nak MENIPU untuk tutup kemaluan sendiri yang dah sedia terpampang depan khalayak umum, baik tak payah buang masa Sam Ketot oi!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.