Ahad, Mac 22, 2015

Huh! Ini lagi sorang 'Pelakon Paling Popular' yang GAGAL untuk merangkul sebarang anugerah dalam acara DFKL 2015 semalam. Wayang apa sebenarnya yang nak dimainkan?
ALOR SETAR - Pas Kawasan Kuala Kedah menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengekalkan jawatannya sebagai presiden parti itu. 
Dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-41 Pas Kawasan Kuala Kedah semalam, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dicalonkan jawatan Timbalan Presiden. Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Idris Ahmad pula dicalonkan untuk jawatan Naib Presiden. 
Bekas Yang Dipertua Pas Kuala Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, Abdul Hadi dilihat sebagai pemimpin yang popular. 

"Kelebihan utama Hadi ialah beliau adalah penyandang sekarang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Hakikatnya, semua orang tau perbalahan yang tercetus diantara Si Phahrolrazi ni dengan Hadi Awang. Dipentas - pentas PASMA-Cai, bukan main lantang lagi dia kutuk Presiden PAS tu.

Tapi, dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, nampak gayanya Si Phahrolrazi tu dah mengaku kalah bila dia 'Terpaksa' melepaskan semua jawatan yang disandang pada ketika ini.

Dari khabar yang disampaikan oleh beberapa sumber menyatakan bahawa 'kekalahan' Si Phahrolazi di Kawasan PAS Kuala Kedah tu memang sudah dapat dijangka sebelum mesyuarat diadakan.

Ianya disebabkan perbalahan yang pernah berlaku diantara dia dengan YDP PAS Kawasan Kuala Kedah yang telah dipilih semalam sewaktu kemelut kepimpinan PAS di Kedah sebelum ini. (Klik Sini)

Katanya, Si Phahrolrazi tu dah menjangka bahawa dia tidak akan dicalonkan dan dia juga bakal kehilangan jawatan selaku YDP PAS bagi kawasan tersebut kerana tidak ada sokongan.

Mungkin sebab itulah Si Phahrolrazi tu awal - awal lagi dah isytiharkan dirinya tidak akan bertanding bagi sebarang jawatan dalam parti dan hanya akan memberi tumpuan kepada PASMA-Cai.

Kesimpulannya, orang macam Si Phahrolrazi ni merupakan diantara pemimpin yang memang setakat 'pandai bercakap, tapi tak reti buat kerja'. Mungkin sebab itulah dia tak dapat sokongan dari kalangan ahli - ahli dikawasan dia sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping