Isnin, Mac 16, 2015

Tidak cukup sekadar dilabelkan sebagai pemimpin PAS yang berfahaman Liberal, kali ini Si Khalid Samad tu pamerkan pulak pemikiran JUMUD yang menjadi watak utama bagi dirinya.

Bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Khalid Samad ni terhadap Timbalan Mursyidul Am PAS yang baru itu boleh dilihat sebagai satu tindakan yang tidak masuk akal.

Dalam satu kenyataan semalam, Si Khalid Samad tu seperti orang yang 'Panas Punggung' membaca kenyataan yang dibuat oleh Datuk Ahmad Yakob berhubung isu pertukaran Presiden.

Si Khalid Samad tu bukan sahaja membidas kenyataan tersebut, malah dia juga turut menyifatkan kenyataan Ahmad Yakob itu tidak selari dengan apa yang dinyatakan oleh Si Hadi Awang.

Selain itu, Si Khalid Samad itu juga turut menyatakan bahawa tindakan Si Ahmad Yakob itu hanya memaparkan imej negatif terhadap PAS yang dilihat tidak bersifat terbuka terhadap isu yang dibangkitkan.
"Kenyataan (Ahmad) itu seolah-olah menunjukkan Hadi tidak mendapat sokongan daripada anggota PAS. Pemilihan jawatan presiden tidak seharusnya tertumpu kepada kehebatan ilmu seseorang pemimpin, sebaliknya lebih kepada kualiti kepemimpinan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Shah Alam, di sini hari ini.
Persoalannya, kenapa pulak Si Khalid Samad tu nak terasa pedas dengan luahan yang dibuat oleh Si Ahmad Yaakob berhubung isu tersebut? Dia ada kepentingan ke jika jawatan Presiden tu bertukar tangan?

Apa yang jelas dari kenyataan Si Khalid Samad tu membuktikan bahawa dia juga tidak sehaluan dengan Presiden PAS dan memang mahu Si Hadi Awang tu digugurkan dari jawatan tersebut.

Tapi untuk apa? Sudah tentu ianya bagi memenuhi kepentingan Politik Peribadi dirinya sendiri yang selama ini bergantung harap kepada sokongan orang luar dari PAS untuk kekal memegang jawatan.

IRONIKnya, kenyataan Si Khalid Samad itu sendiri membuktikan bahawa dia juga tidak berfikiran terbuka dan tidak mampu menerima sebarang pandangan dari pihak lain tanpa perlu dipertikaikan. Pandangan dia je yang orang kena dengar. Pandangan orang lain, semuanya SAMPAH belaka!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping