Isnin, Mac 16, 2015

Biar la orang nak kata apa pun. Tapi apa yang penting Perpaduan Ummah diantara PAS dan UMNO tetap juga menjadi kenyataan. Dan hari ini, perkara itu berjaya mencatatkan sejarah.

Setelah 23 tahun PAS memperjuangkan perlaksanaan Hukum Hudud, akhirnya mereka berjaya juga membentangkannya semula didalam sidang DUN Kelantan yang mula bersidang hari ini.

Walaupun rakan sekutu didalam Pakatan Haramjadah tu kuat menentang dan membantah perlaksanaan Hukum tersebut, namun ianya sedikit pun tidak melemahkan iltizam PAS Kelantan.

Malah mereka tetap optimis agar rang undang - undang itu dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Dan Alhamdulillah, perlaksanaan Hukum Hudud itu juga turut mendapat sokongan dari UMNO.

Mewakili ADUN - ADUN yang ada di Kelantan, salah seorang dari mereka menyatakan kesediaan untuk memberi sokongan penuh kepada cadangan pindaan yang telah dibuat oleh PAS sebelum ini.

Namun, menurut kata wakil ADUN dikalangan anggota Barisan Nasional itu, pindaan tersebut bergantung kepada apa yang dibentangkan didalam sidang DUN yang bersidang hari ini.
"Kita sudah putuskan bahawa kita akan setuju dan sokong. Namun kita tidak tahu lagi bagaimana (perinciannya), tunggu 16 Mac nanti untuk berbincang. Kita bincang nanti berasaskan kepada perkara-perkara yang akan dibentangkan PAS kelak," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Dalam erti kata lainnya, secara dasar memang perlaksanaan Hukum Hudud tersebut disokong oleh UMNO. Tetapi ianya tetap bergantung kepada perincian yang akan dibentangkan kelak.

Tidak seperti DAPigs yang memang membantah perlaksanaan hukum tersebut secara terang - terangan. Manakala PKR pula hanya sekadar 'Playsafe' demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri.

Tapi malangnya, masih ada juga dikalangan pemimpin - pemimpin PAS yang tidak menyokong dasar perjuangan yang ditegakkan oleh parti mereka. Sebaliknya, mereka lebih cenderung menyokong orang luar untuk menentang parti sendiri!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping