Jumaat, Mac 20, 2015

Gambar Hiasan...
Kisahnya bermula disebuah bandar. Ada seorang wanita bernama Nurul Ijjah (bukan nama sebenar). Hari - hari Si Nurul Ijjah ni suka mengemis didepan pasaraya Sogok dibandar tersebut.

Kerja yang biasa dilakukan oleh Si Nurul Ijjah tu ialah mencuri roti didalam sebuah kedai sambil diperhatikan oleh tuan punya kedai. Selama hari ini, tuan punya kedai tu tak ambik tindakan.

Sebaliknya, tuan punya kedai tu hanya membiarkan sahaja perbuatan Si Nurul Ijjah tu dengan alasan kesian tengok keadaan dia yang hari - hari asyik mengemis didepan kedai dia.

Maka hidup la Si Nurul Ijjah tu dengan tabiat dia yang suka mencuri. Suatu hari, tuan punya kedai tu telah dirompak oleh seorang lelaki. Habis semua duit berniaga tuan punya kedai tu diambil.

Maka tuan punya kedai tu pun membuat laporan Polis dan kemudiannya berjaya ditangkap suspek yang merompak kedai tersebut. Keadaan itu membuatkan Si Nurul Ijjah menjadi serba tak kena.

Takut dia pulak yang bakal menjadi mangsa, Si Nurul Ijjah tu mula meroyan. Dia mula meracau tak tentu arah didepan kedai yang selalu dia curi roti tu dengan tuduhan yang bukan - bukan.

Semuanya hanya kerana Si Nurul Ijjah tu takut dirinya juga bakal ditimpa nasib yang sama seperti perompak tu sebelum ini. Jadi, dia tuduh la tuan punya kedai tu zalim, kejam dan sebagainya.

Muak dengan tuduhan serta tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya yang selama ini hanya sekadar membiarkan Si Nurul Ijjah tu mencuri membuatkan tuan punya kedai mengambil tindakan.

Akhirnya, Si Nurul Ijjah tu telah ditangkap oleh pihak Polis kerana didapati telah mencuri roti. Namun, ianya tidak membuatkan dia tu diam membisu. Sebaliknya dia semakin kuat meroyan.

Kali ini, dia seret pulak anak - anak dia yang tidak berdosa dengan harapan agar dia dapat meraih simpati dari kalangan orang yang selalu lalu lalang didepan kedai tersebut setiap hari.

Moralnya, tuan punya kedai tu sepatutnya jangan bagi peluang buat Si Nurul Ijjah tu untuk mencuri. Patutnya kali pertama dia mencuri tu pun tuan punya kedai tu dah ambik tindakan. Sebab orang macam Si Nurul Ijjah tu bukannya jenis orang yang reti nak bersyukur!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Pada mulanya, manalah tahu si budak pompuan ni perangai sebenarnya macam tuuuuu......

    BalasPadam
  2. aebab tu jangan lepaskan anjing tersepit

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping