Isnin, Mac 23, 2015

Fuh!!! Punya la dia tak memberikan sebarang signifikan kepada rakyat di Malaysia sehingga ada juga sesetengah pihak yang tak ambik tau lansung dengan kematian Si Lee Kuan Yew ni.

Dia yang pernah mencetuskan kontroversi dengan mengambil tindakan untuk keluar dari Malaysia pada tahun 1965 sedikit pun tidak memberi kesan kepada rakyat di Malaysia. Jadi, buat apa kita nak sibuk sangat bila dengar berita mengenai kematian dia!!!
SINGAPURA: Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew meninggal dunia pada pukul 3.18 pagi Isnin di Hospital Besar Singapura, umum Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Beliau berusia 91 tahun. Menurut PMO, anaknya iaitu Perdana Menteri Lee Hsien Loong, amat berdukacita dengan kematian itu.

Hsien Loong dipetik sebagai berkata, proses pengebumian dan urusan tempat untuk orang ramai memberikan penghormatan terakhir akan diumumkan kemudian.

Kuan Yew dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu pada 5 Februari lalu kerana radang paru-paru yang serius.

Dilahirkan pada 16 September 1923, di Singapura, Kuan Yew dikenali sebagai pengasas Singapura modern, dengan mengetuai kerajaan lebih daripada tiga dekad, menjadikan beliau antara perdana menteri paling lama berkhidmat di dunia.

Sebagai pengasas bersama dan setiausaha agung pertama People's Action Party (PAP) (Parti Tindakan Rakyat), mendiang memimpin parti itu mencapai lapan kemenangan dalam pilihan raya antara tahun 1959 dan 1990.


Beliau juga menyaksikan pemisahan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965.
Categories:

3 ulasan:

  1. Salam 1Malaysia,
    Kebetulan, matinya si LKY tu sama dgn tarikh pertabalan Sultan Johor.
    Begitu takdir Ilahi.....
    Sesungguhnya antara Johor dgn Temasek ada banyak kisah sejarahnya......

    BalasPadam
  2. Dijohor rakyatnya happy2. Di Singapura sedih ke?

    BalasPadam
  3. Not really lah, business as usual but bnyk companies tengah mengampu dlm mourning ( berkabung?) coz pm kan anak dia. siapa yg menyampah dgn dia kena tahan la.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping