Isnin, Mac 23, 2015

Dek kerana kelantangan mulut berbicara perkara yang dia sendiri pun tak faham dan keliru membuatkan awek yang menghina Hudud sebelum ini dikecam hebat dilaman media sosial.

Kali ini, tindakan biadap yang dilakukan oleh anak kepada penyokong DAPigs itu ditegur pulak oleh PU Rahmat. Jangan ada salah faham pulak, PU tu maksudnya Pencetus Ummah. Bukan Pemuda UMNO.

Bekas peserta Program Mimbar Pencetus Ummah (PU), PU Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan tampil menjawab beberapa perkara yang disentuh penyampai melalui sebuah klip video, semalam.

Video berdurasi 5 minit 45 saat itu menunjukkan PU Rahmat menjelaskan serta membetulkan kesilapan Aisyah termasuk kenyataan wanita itu yang mengatakan bertudung hanya di negeri Kelantan.
“Cik Aisyah pemilik nama isteri Rasulullah SAW. Kita ini pakai tudung bukan setakat di bumi Kelantan. Sebab apa, ALLAH pemilik langit dan bumi serta seisinya. Bererti bagaimana? 
“Selagi saya dan cik Aisyah duduk di muka bumi ini, bergantung pada nikmat-nikmat ALLAH, kita kena patuh perintah ALLAH,” katanya melalui video yang telah siap disunting bersama dengan video Aisyah tersebut.
Dalam pada itu, mengenai kenyataan Aisyah yang menyebut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dikatakan menuduh orang mengkritik hudud sebagai tidak beriman, PU Rahmat menyifatkan kemungkinan wanita itu hanya membaca tajuk berita tanpa melihat isi berita tersebut.

PU Rahmat turut membetulkan kembali kenyataan yang dibuat oleh anak kepada penyokong DAPigs tu yang mendakwa perlaksanaan Hukum Hudud sebagai 'Mimpi PAS' semata - mata.
“Macam ini Aishah, saya buat analogi. Saya ajak seseorang pergi sembahyang. ‘Eh jom pergi sembahyang’. Dia kata, ‘tak apa. Tak nak’.  Di sini, orang itu berdosa sebab dia tak nak sembahyang. Cuma ada satu lagi situasi, saya ajak seseorang sembahyang dan dia kata ‘tak naklah sembahyang. Buat apa pergi sembahyang, muka letak di tanah, punggung di langit, benda sia-sia, habis masa.’
“Nampak perbezaan pertama dan yang kedua? Yang pertama tadi dia tolak tanpa menghina. Orang yang kedua, sudahlah menolak, dia hina, kutuk, caci syariat ALLAH. Di sini, orang kedua menambah dosa serta menunjukkan ciri-ciri orang yang tidak beriman,” jelasnya.
Hakikatnya, penjelasan dan penerangan yang diberikan tu memang cukup baik jika mereka nak menerimanya dengan hati yang terbuka. Tapi, kalau dah jenis JAHIL dan tak nak terima Kebenaran, cakap apa pun tak guna!!! Buat mengabihkan masa je!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping