Isnin, Mac 23, 2015

Setakat ini je ke standard seorang pelajar sebuah Universiti yang KONONnya dianggap mempunyai sejarah gemilang di Eropah tu mampu untuk berfikir dan membuat kesimpulan?

Jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Rafizi ni hanya sekadar memalukan institusi berprestige di Eropah tu sendiri. Dia hanya memalukan nama baik Universiti tersebut semata - mata.

Kalau setakat dia hanya pandai buat kesimpulan dengan menyalahkan orang lain diatas kelemahan dirinya sendiri, baik tak payah dia nak mengabihkan duit Petronas belajar tinggi - tinggi.

Realitinya, Si Rafizi tu tidak mampu untuk menjustifikasikan tindakan yang telah dilakukan oleh partinya sendiri dengan keputusan untuk menolak perlaksanaan Hukum Hudud PAS sebelum ini.

Rata - rata rakyat menilai sifat MUNAFIK yang ditonjolkan oleh Si Rafizi tu hanya sekadar untuk menutup kemaluan dirinya kerana telah membelakangkan Hukum yang dicadangkan oleh PAS.


Persoalannya, adakah Si Rafizi tu anggap dengan cara dia menghentam serta mempertikaikan pendirian orang lain itu mampu untuk menebus dosa yang telah dilakukan oleh partinya?

Adakah kenyataan seperti itu akan membuatkan rakyat melihat PKR lebih Islam dan berjuang demi memastikan kesucian agama itu terus terpelihara dari segala bentuk serangan luar?

Dan yang paling penting, kenyataan Si Rafizi tu tidak mampu untuk membuatkan dia tidak tergolong dalam kalangan orang 'Kafir' seperti mana yang pernah dilabelkan PAS terhadap orang UMNO.

Jika selama hari ini, PAS sering kali melabelkan UMNO sebagai sebuah parti Kafir hanya kerana menolak perlaksanaan Hukum Hudud mereka. Jadi tak salah sekiranya PKR juga turut diberikan label yang sama.

Kesimpulannya, tak payah la Si Rafizi tu sibuk sangat nak mempertikaikan pendirian orang lain. Sebaliknya, dia perlu memperbetulkan pendirian parti sendiri yang menolak perlaksanaan Hukum Hudud tu!!! Islam kan dulu PKR tu, jangan sibuk nak jaga hal orang lain!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Tak malu ke samdol ni tabur fitnah merata-rata? Langsung tak ingat dosa dia ni. Pahala memang takde langsung. Wajah ahli neraka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. X rasa dia ingat tu... kkdg bila rasa diri bijak pandai... dlm fikiran membangkang mulu...klo x ... x de la nmpk kebijaksanaan dia...

      Padam
  2. Mentor dia kan Anwar!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping