Rabu, Mac 18, 2015

Diorang letak jawatan kerana Hadi Awang enggan tunduk kepada puak - puak Pakatan? Ternyata semua itu hanya sekadar lakonan mereka semata - mata. Realitinya jauh berbeza dari kenyataan.

Jika kita lihat dari satu sudut, tindakan mereka yang mahu meletakkan jawatan sebelum ini adalah satu tindakan yang agak ganjil dan tidak menepati kehendak yang sepatutnya sebagai ahli.


Pelikkan? Kenapa pulak diorang tak suka bila pemimpin tertinggi parti tetap kekal dengan pendirian untuk tidak tunduk kepada desakan orang luar dan mementingkan soal perjuangan parti?

Rupanya, mereka ni ada udang disebalik batu. Memang kena sangat la dengan kawasan yang mereka wakili iaitu PAS Kawasan Batu. Sesuai sangat la untuk diorang 'menyembunyikan' diri.

Dari pendedahan yang dibuat, usaha untuk meletakkan jawatan tu bukannya disebabkan mereka tidak percaya kepada kepimpinan Si Hadi Awang. Tapi atas dasar kepentingan diri sendiri.
"Mengikut laporan yang diperhati dari sumber facebook, terdapat dakwaan bahawa Ishak Surin tidak mendapat pencalonan untuk menjadi YDP pada muktamar akan datang.

Sebelum ini, Ishak Surin mengadakan sidang media mengkritik Presiden PAS tetapi kemudian disanggah oleh Dewan Pemuda Kawasan Batu, Dewan Muslimat Kawasan Batu dan Ketua Urusan Ulama yang sepakat menyokong kepimpinan Presiden PAS.

Ada yang mendakwa, tindakan Ishak Surin ini bertujuan menutup malu dengan penolakan yang bakal beliau terima pada pemilihan akan datang.

Menurut maklumat tambahan yang diemelkan kepada unit berita, Ishak Surin hanya hadir sekali dalam mesyuarat perhubungan PAS Wilayah Perseketuan sepanjang tempoh 2 tahun selepas muktamar 2013.

Tindakan tidak berdisiplin ini menyebabkan beliau dilucutkan dari ahli jawatankuasa Perhubungan Wilayah Perseketuan.Turut dikejutkan juga cawangan yang dinaungi beliau telah dibatalkan oleh ROS kerana gagal menghantar laporan yang sepatutnya." - Lapor blog Malaysia Transform Daily
Nah! Itu sahaja sudah mampu untuk membuktikan bahawa ahli - ahli PAS Kawasan Batu yang meletakkan jawatan sebelum ini sebenarnya mempunyai agenda peribadi mereka sendiri.

Alasan kata diorang tak puas hati dengan kepimpinan Si Hadi Awang tu hanya sekadar satu taktik untuk menyelamatkan kepentingan mereka dikawasan semata - mata. Bukannya kerana parti.

Tapi, tak heran la kalau AJK PAS Kawasan Batu tu sanggup bertindak macam tu. Sedangkan pemimpin diperingkat atasan pun sanggup lakukan apa saja demi untuk menjaga kepentingan diri mereka sendiri, inikan pulak dengan mereka diperingkat bawahan!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. LEPAS NI BOLIH LA GULING2. NAK MENONGKAT LANGIT RUPANYA. INGATKAN DUDUK DALAM PARTI ISLAM.....REDHA DAN PASRAH DENGAN KETENTUAN ALLAH.
    MASUK DAP LA.......

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping