Rabu, Mac 18, 2015

Alahai! Kesiannya la penduduk dikawasan Parlimen Lembah Pantai yang dapat wakil rakyat macam Si Nurul Izzah ni. Memang cukup memalukan sungguh bila ada seorang wakil macam ni.

Orang di kawasan Parlimen Lembah Pantai tu bukan sahaja dapat seorang wakil rakyat yang Kuat Tabur Fitnah terhadap orang lain. Malah mereka juga turut dapat seorang wakil rakyat yang Tak Bertanggungjawab.

Tak sudah - sudah lagi Si Nurul Izzah tu nak merapu tak tentu arah  macam orang yang hilang akal. Tapi bila dia dicabar untuk ambik sebarang tindakan, TAKUT pulak dia dibuatnya.

Semalam tak puas lagi Si Nurul Izzah ni nak menyalahkan pihak Polis kerana telah mengambil tindakan menahan dirinya kerana didapati telah melakukan kesalahan menghasut.

Tapi, dalam kenyataan yang dikeluarkan, puas Si Nurul Izzah tu menyalak dan tidak mengaku kata dia telah melakukan sebarang kesalahan seperti mana yang telah didakwa sebelum ini.

Puas dia melalak - lalak depan wartawan mendabik dada sambil menegaskan yang dia memiliki 'Kekebalan' dan dilindungi 'Imuniti' sebagai seorang Ahli Parlimen berdasarkan Perkara 63 dalam Perlembagaan.

Persoalannya, kenapa Si Nurul Izzah tu tak huraikan apa yang termaktub dibawah Perkara 63 tu? Kenapa dia nak menyembunyikan Perkara 63(4) dari pengetahuan rakyat diperingkat bawahan?

Sedangkan sebelum ini pun, kita dah puas menjelaskan perkara tersebut kepada rakyat dan ianya bukan lagi menjadi satu rahsia umum. (Artikel Berkaitan: Ada Hati Jugak Dengan Si Mak Janda Ni!!!)

Ternyata, Si Nurul Izzah tu sebenarnya telah terperangkap dalam jerat yang dipasang oleh Papanya sendiri. Disebabkan dia terlalu ghairah sehingga perkara itu sendiri pun diabaikannya.

Namun persoalan yang lebih utama, adakah rakyat dikawasan Parlimen dia yang suruh dia menghina sistem Kehakiman Negara dan menganggap mereka telah menjual diri kepada syaitan?

Adakah rakyat dikawasan Parlimen Lembah Pantai tu yang suruh Si Nurul Izzah tu jadi wakil mereka hanya semata - mata untuk dia memperjuangkan kepentingan Papa dia sendiri?

Hakikatnya, takde siapa pun dikalangan rakyat dikawasan Parlimen dia tu yang bersetuju dengan tindakan yang telah dilakukan, menghina serta menghasut rakyat supaya membenci sistem Kehakiman Negara.

Yang dia GATAL sangat mulut nak menghina orang lain kenapa? Dia sendiri yang pandai cari penyakit. Sekarang dia sendiri la yang kena tanggung. Semalam kata nak saman PDRM. Kalau Si Nurul Izzah tu berani, saman la. Jangan setakat pandai bercakap je!!!
Categories: ,

7 ulasan:

  1. Saya tak tahu macam mana nak menghubungi Nurul Izzah. Harap siarkan komen saya ini yang merupakan soalan2 yang nurul izzah perlu jawab.

    1. Anwar terbukti pesalah jenayah liwat dan dipenjara sebagai banduan jenayah. Ada buktikah beliau banduan politik? Saya cuba cari fakta namun tak jumpa.

    2. Kamu membaca ucapan ayahmu tanpa rasa bersalah dan menuduh hakim2 sebagai syaitan yang mengharapkan material gain. Boleh tunjuk bukti? Kalau ada saya sokong anda.

    3. Anda kata penahanan anda adalah tindakan zalim keatas orang yang hendak menyuarakan suara rakyat. Saya tanya, kenapa gagal masuk kandang saksi untuk melondeh konspirasi politik yang dilaung2kan?

    4. Takut kerana salah, berani kerana benar. Kenapa Anwar tak mahu bersumpah mubahallah? Kalau dia mahu, saya menyokong beliau immediately.

    5. Apakah sumbangan anwar pada rakyat malaysia? Setahu saya sejak student days sehinggalah jadi DPM, nothing positive. Yang negative banyak dan sangat merbahaya sehingga kedaulatan negara mahu dijual.

    Banyaklah lagi.....please tell me how to reach her through emails or whatever.

    Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tambah soalan... 6. Apa yg Anuar buat utk negara?

      Padam
  2. kebal membolehkan fitnah? keluarga kejar dunia...

    BalasPadam
  3. BETUL. . .DIA TERPERANGKAP DLM JERAT YG DIPASANG PAPANYA.
    SEKIRANYA KITA MELAKUKAN ATAU BERSEKONGKOL DGN PERBUATAN TERKUTUK MEMANG KITA TIDAK NAMPAK LAGI BAIK BURUK.

    BalasPadam
  4. KALAU DAH MULA MASUK LOKAP ALAMAT NAK MASUK PENJARA.
    PEREMPUAN MASUK LOKAP CAHAYA SERI DI MUKA AKAN HILANG.
    APA PUNYA PAPA SANGGUP TENGOK ANAK POMPUAN DIA TIDUR DLM LOKAP CUMA NAK MEMPERTAHANKAN PERBUATAN LIWAT DIA.
    WALAU PUN KELUARGA NI BANYAK DUIT TAKDA MAKNYA . SUDAH2 AR TU.

    BalasPadam
  5. Klo hidup mencr kesalahan dan kelemahan org lain.. smpi bila2 x kan jumpa masalah sendiri...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping