Memetik tajuk yang disiarkan melalui laman portal FMT, memang ada benarnya kenyataan yang diberikan. Nampak gayanya nasib rakyat Selangor kini tak ubah seperti 'Mangsa Tebusan'.
Jika dilihat dari satu sudut, tindakan yang dilakukan persis aksi yang dipamerkan oleh pemberontak ISIS terhadap tahanan 'paksaan' mereka. Itu yang dilakukan oleh puak - puak Rejim Pakatan Selangor tu.
Hanya kerana ada dikalangan pemimpin mereka yang mahu menunjukkan ke-EGO-an diri dan ke-SOMBONG-an peribadi dirinya sendiri sehingga sanggup membuatkan rakyat merana.
Inilah masalahnya bila pemimpin letak kepala otak mereka didalam seluar. Berfikir tak menggunakan akal fikiran yang diberikan. Sebaliknya, banyak menggunakan Kepala Lutut dan menyusahkan orang lain.
(Artikel Berkaitan: Bila Otaknya Diletak Dalam Seluar!!!)
Pandangan yang diberikan oleh pemimpin UMNO Selangor ini juga wajar dijadikan sebagai satu panduan agar rakyat Selangor tidak lagi menjadi mangsa kerakusan pemimpin yang tidak berperikemanusiaan.
Semuanya kerana pemimpin Rejim Pakatan Selangor tu terlalu ghairah nak membebaskan seorang penjenayah sehingga dipaksa rakyat menuruti segala kemahuan pemimpin yang Gila Kuasa.
Maka tidak salah sekiranya keputusan membatalkan perjanjian pembekalan air yang dibuat sebelum ini hanya sekadar untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi pemimpin Pakatan itu sendiri. Diorang bukannya ambik kisah sangat dengan kebajikan rakyat!!!
KUALA SELANGOR: Kerajaan Negeri Selangor seakan menjadikan rakyat sebagai “tebusan” demi membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, kerana itulah perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air antara Kerajaan Negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan dibatalkan dengan mudah walaupun bakal mendatangkan kemudaratan kepada rakyat.
Beliau berpendapat pembatalan perjanjian penstrukturan perkhidmatan industri bekalan air tersebut sebagai satu keputusan yang menunjukkan bahawa kerajan negeri lebih pentingkan politik daripada kesejahteraan rakyat.
“Telah lebih 32 kali perbincangan diadakan untuk mencapai kata putus berkenaan perjanjian air ini. Namun, sepanjang empat bulan Azmin menjawat jawatan Menteri Besar, banyak keputusan yang dibuat dilihat lebih menjurus kepada keputusan politik termasuklah isu air,” katanya lapor UMNO Online.
Bila otak dikulum-kulum macam ais krim, tentu dia tak boleh fikir dgn waras ...
BalasPadamminum air lombong ler orang selangor.....
BalasPadam