Inilah masalahnya bila sesebuah parti tu ada pemimpin - pemimpin yang sering kali mengamalkan 'Politik Longkang' untuk memenuhi agenda kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri.
Punya la taksub dengan pemimpin tertentu sehingga semua benda pun nak dijadikan bahan Politik Sempit bagi mengheret rakyat untuk turut serta. Bahkan sukan pun nak dijadikan medan berpolitik.
Perkara - perkara seumpama inilah yang membuatkan rakyat semakin hari semakin muak melihat kerenah pemimpin - pemimpin yang hanya sekadar mementingkan diri mereka sendiri.
Hari ini, seorang pemimpin Rejim Pakatan Selangor buat pengumuman untuk tetap menggunakan slogan #KitaLawan sebagai 'tagline' pasukan Sukan Malaysia Selangor (SUKMA).
Alasan yang diberikan, tagline itu katanya mampu untuk menaikkan semangat dikalangan para atlet yang bertanding untuk pasukan sukan tersebut dalam temasya sukan diperingkat Kebangsaan.
"Kita akan tetapkan jika ia bersesuaian untuk menaikkan semangat atlit kita dalam masa akan datang. Macam mana sekalipun 'tagline' itu, ia mestilah menarik dan mampu meningkatkan semangat atlit," tegas Amiruddin selaku Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan.
Walhal, tagline itu sebelum ini digunakan untuk memperjuangkan 'Keadilan' buat Si Ketua Penipu tu selepas dia dipenjarakan kerana didapati bersalah meliwat Bekas Pembantu Peribadinya sendiri.
Malah, slogan itu juga turut digunakan sebagai satu bentuk bantahan terhadap sistem Kehakiman Negara serta mengutuk Ketua Polis Negara diatas tindakan yang telah dilakukan.
Puak - puak Pakatan Haramjadah tu juga telah menjadikan tagline #KitaLawan tu sebagai satu bentuk medium untuk diorang mendesak agar Perdana Menteri berundur dan meletakkan jawatan.
Jelas, apa yang dilakukan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu sebenarnya membuktikan bahawa diorang ni dah terlalu terdesak dan Bankrap idea!!! Tu pasal la semua benda diorang nak jadikan bahan Politik Longkang mereka sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.