Ahad, Mac 29, 2015

Ketahuilah! Ini bukan kali pertama aduan dan rungutan sedemikian berkumandang didalam laman media sosial. Malah ianya turut menjadi isu diperingkat bawahan yang merasa hairan.

Jika sebelum ini, kehilangan minyak 'Ron97' dipasaran menjadi satu tanda tanya dikalangan rakyat tatkala pihak Kerajaan buat pengumuman mengenai penurunan harga minyak tersebut.

Alasan yang diberikan oleh pengusaha - pengusaha stesen minyak, minyak RON 97 telah kehabisan stok dan pihak mereka masih menunggu pemborong untuk mengisikan semula tangki simpanan.

Rungutan dari kalangan rakyat kebanyakkannya datang dari kalangan pengguna stesen minyak SHELL diseluruh Malaysia. Tapi tidak diendahkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Tapi, bila Kerajaan umum kenaikkan harga minyak tersebut sebanyak RM 0.25sen, tiba - tiba minyak RON 97 tu kembali ke pasaran seperti biasa. Macam ada 'Mahkluk Ghaib' pulak yang sembunyikannya.

Sekarang, isu yang sama jugak berulang dan kali ini yang menjadi sasaran ialah tong gas memasak. Rata - rata pembekal memberikan alasan yang sama seperti pengusaha stesen minyak sebelum ini.

Mereka kata, stok sudah kehabisan dan menunggu bekalan baru dihantar oleh pihak pemborong. Tapi, adakah benar kenyataan yang telah diberikan oleh pembekal - pembekal terbabit?

Dari apa yang dibualkan oleh rakyat diperingkat bawahan, tindakan kartel pemborong tong gas memasak ini sebenarnya adalah kerana menunggu harga GST. Mereka jelas mahu memberi tekanan kepada rakyat.

Bila GST mula diimplimentasikan pada 1 April nanti, maka sudah pasti harga tong gas memasak ini akan kembali di pasaran dengan harga yang baru. Maka sebab itulah ianya ditahan buat sementara waktu.

Persoalannya, kenapa perkara ini hanya didiamkan sahaja oleh pihak yang terlibat? Kenapa pihak yang tidak bertanggungjawab itu disiasat motof serta gerak kerja yang dilakukan oleh kartel yang terbabit?

Dan yang paling menghairankan ialah, kenapa isu ini sedikit pun tidak dibangkitkan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu? Kenapa mereka hanya mendiamkan diri?

Tak masuk akal kalau kata diorang tak tau mengenai perkara ini. Tetapi, tak mustahil kalau diorang sendiri terlibat dengan kartel - kartel terbabit. Maka sebab itulah diorang hanya membutakan mata sendiri.

Kesimpulannya, perkara ini sudah menjadi buah mulut dikalangan rakyat. Maka tindakan tegas perlu diambil oleh pihak yang terlibat dan tidak hanya menutup mata dan memekakkan telinga. Jangan setakat pandai tengok Maharaja Lawak je kerjanya!!!
Categories:

11 ulasan:

  1. Hasan malik nak tunggu cium tangan Rosnah saja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa ygenoaga tu
      Doa tahi halal haram tak

      Padam
    2. Pwniaga dan pemborong siapa. Bila kita sebut kata kita rasis pulak

      Padam
  2. Tiada pengumuman kenaikan harga lpg, tapi harga dah naik. Menteri buat apa?

    BalasPadam
  3. Tiada pengumuman kenaikan harga tapi harga lpg dah naik. Apa menteri buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Omi nulam salahemteri menteri tak naollan jarga tapi CINA yg jual naoklan harga
      kam china dap tu kawan baik PKR DAN PAS terima ajelah

      Padam
  4. menteri ni sibuk buat piza

    BalasPadam
  5. Sack aje dari jawatan. Jadi menteri pun syiok sendiri. Bangang punya menteri.

    BalasPadam
  6. Buksn tong gas sahaja..ubat2an pun sejak bulan feb lagi 'takde stok'...sedangkan selama ni stok ok jer....

    BalasPadam
  7. mentri tido ooo ayyoooyyooo

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping