"Datang setakat tunjuk muka dan nak bergambar, baik tak payah. Tapi penyelesaian takde jugak dibuat. Apa guna jadi ADUN kalau macam tu perangainya?"
Itu diantara luahan hati dikalangan rakyat yang tinggal disekitar kawasan Indera Mahkota terutama yang berhampiran dengan kawasan Bypass Kuantan - Gebeng terhadap ADUN mereka.
Jelas mereka, tindakan Si ADUN yang tak reti nak buat kerja tu memang sesuatu yang memalukan. Terutama kepada penduduk - penduduk dikawasan tersebut yang kecewa terhadapnya.
Jika sebelum ini, isu berhubung dengan pencemaran Bauksit sering kali dibangkitkan oleh penduduk disekitar kawasan tersebut. Bahkan tindakan dari pihak kerajaan Negeri juga sudah diambil.
Namun, masih lagi ada dikalangan pengusaha yang tidak mahu mengikuti arahan yang diberikan sehingga menyebabkan pencemaran disekitar kawasan tersebut berlaku secara berterusan.
Maka sebab itulah rakyat yang terlibat seolah - olah melahirkan rasa kecewa mereka terhadap tindakan yang dilakukan oleh wakil rakyat berkenaan yang dilihat tidak peka dengan masalah rakyat.
"Kalau nak berdemo depan Parlimen, sanggup pulak dia cukur rambut sampai botak. Tapi untuk rakyat, boleh pulak dia buat tak tau je. Kenapa dia hanya mendiamkan diri?"
Malah persoalan yang lebih mengujakan ialah apabila isu pencemaran Bauxcite ini lansung tidak diambil peduli oleh puak - puak Kahak Hijau yang menentang pembinaan kilang Lynas sebelum ini.
Mereka dilihat hanya sekadar berpura - pura tidak mengambil tahu apa yang sedang berlaku dikawasan tersebut sedangkan sebelum ini beria - ia diorang memperjuangkan alam sekitar KONONnya.
"Mana pergi puak - puak Anti Lynas hari tu? Kenapa kali ini diorang tak nak melalak macam yang dilakukan terhadap pembinaan Kilang Lynas? Takkan nak buat tak tau je."
Jelas, dari apa yang dilihat 'tokey - tokey' Anti Lynas ni semuanya hanya mendiamkan diri. Kenapa diorang tak berani bersuara? Adakah mereka juga mempunyai kepentingan dalam isu tersebut?
Lagi pun, perkara itu tak mustahil jika pengusaha - pengusaha Bauxcite ni kebanyakkannya dari kalangan puak - puak Anti Lynas tu sendiri. Maka sebab itulah diorang pun terpaksa kunci mulut dan ADUN yang dimaksudkan tak beria - ia nak buat bantahan!!!
Realiti politik pembangkang yang ada kepentingan diri!!
BalasPadam