Tak serik - serik gamaknya puak - puak Rejim Pakatan ni menaikkan kemurkaan Tuanku Sultan Selangor. Dah banyak kali dah diorang buat kerja pandir sehingga membuatkan Tuanku murka.
Jika sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor tu sendiri telah 'ditegur' oleh Tuanku Sultan agar menjalankan tugas dan amanah yang diberikan tanpa mempolitikkan isu berkaitan dengan rakyat.
Kali ini, sekali lagi Rejim Pakatan Selangor tu 'ditegur' agar tidak terlalu mementingkan soal Politik sehingga sanggup membabitkan isu kepentingan rakyat dalam amalan Politik Sempit mereka.
Semuanya sebab puak - puak Rejim Pakatan Selangor tu telah membuat keputusan untuk mempergunakan slogan '#KitaLawan' yang dilaungkan atas jalan raya sebagai slogan pasukan Sukma mereka.
(Artikel Berkaitan: Sukan Pun Diorang Nak Jadikan Bahan Politik!!!)
Hakikatnya, semua orang tau bahawa slogan tersebut sebelum ini telah diguna-pakai oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu dalam kempen yang menuntut pembebasan Si Ketua Penipu tu.
Sekarang, diorang nak gunakan slogan yang sama dengan alasan KONONnya slogan itu mampu menaikkan semangat dikalangan atlet - atlet yang bakal bertanding dalam temasya sukan itu kelak.
Walhal, tindakan yang dilakukan oleh puak - puak Rejim Pakatan Selangor tu sebenarnya hanya sekadar untuk memperluaskan propaganda Politik Longkang mereka semata - mata. Tak lebih dari itu.
Menyedari hakikat itulah yang membuatkan Tuanku Sultan Selangor sendiri murka terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Rejim Pakatan tersebut dan memberikan arahan supaya ianya diubah.
SUBANG JAYA: Exco Sukan Negeri Selangor digesa supaya menukar slogan kontinjen Selangor Sukan Malaysia (Sukma) 2016 ntuk mengelakkan salah faham di kalangan masyarakat.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan baginda tidak berkenan dengan slogan kontinjen Selangor "Kita Lawan" kerana ia digunakan oleh sebuah parti politik.
“Beta tidak mahu masyarakat umum tersalah tafsir atau menganggap bahawa kontinjen Selangor mencampur aduk atau cuba berpolitik dalam sukan.
"Beta berpendapat adalah lebih baik kontinjen Selangor untuk SUKMA 2016 menggunakan slogan lain yang lebih bersemangat dan berbangga mewakili Negeri Selangor serta tidak mempunyai kontroversi yang boleh menjejaskan nama baik atlet, pasukan dan Selangor yang kita kasihi ini," titah baginda pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor pada Jumaat.
Nah Itulah bukti betapa kemaruknya puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak berpolitik sampai sukan pun nak dijadikan isu Politik juga sehingga mampu menimbulkan kontroversi.
Mungkin, itu je la kemampuan yang mereka boleh lakukan. Berpolitik je kerjanya 24jam. Bila suruh jaga kebajikan rakyat, satu hapah pun diorang tak buat. Tapi, kalau bab nak jaga kepentingan Politik Peribadi sendiri, tak payah suruh pun diorang buat jugak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.