Persoalan mudah yang hakikatnya semua orang tahu jawapannya. Dimana lagi Si Mahfuz Bean tu nak sorok kemaluan dia jika tidak dengan cara memanipulasi dan mempergunakan orang lain?
Jika sebelum ini, untuk tidak membuatkan dia dilihat 'Terlampau Bodoh' sebagai seorang Ketua Penerangan PAS, Si Mahfuz Bean ni telah mempergunakan Sirul untuk menutup kemaluannya.
Setelah usaha dia untuk menghubungi Sirul GAGAL dihadapan para wartawan dalam satu majlis 'Tele-sidang' sebelum ini, Si Mahfuz cuba sembunyikan pulak kemaluan dia dibelakang ibu Sirul.
Dengan memperalatkan ibu Sirul bagi tujuan untuk meraih simpati dikalangan rakyat, ternyata segala usaha yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean tu tetap juga menemui keGAGALan.
Kali ini, Si Mahfuz Bean tu berikan pulak tumpuan kepada Tun Mahathir. Dia bawak ibu Sirul jumpa dengan Tun tanpa pengetahuan Sirul sendiri sehingga membuatkan bekas anggota UTK tu kecewa.
Jelas, tindakan yang telah dilakukan oleh Si Mahfuz Bean itu juga merupakan satu keGAGALan dan sekali lagi membuatkan kemaluan dia semakin terdedah kepada rakyat secara umum.
Tapi, ianya tidak menghentikan hajat Si Ketua Penerangan PAS tu untuk terus mendedahkan lagi kemaluannya secara terbuka. Sebaliknya dia berhajat nak bukak lagi aib dia kepada rakyat.
Bahkan Si Mahfuz Bean tu tetap juga dengan keputusannya. Sidang perbualan telefon diantara Sirul dengan Tun Mahathir akan tetap diteruskan juga walau apa halangan yang bakal dihadapi kelak.
"Ya...kita akan terus membantunya dan buat seperti mana yang dirancang. Kita sudah bincang dengan ibu dan keluarga Sirul. Saya percaya keluarganya ada berbincang dengannya.
"Tapi, sudah tentu kita akan beritahu dan dapatkan persetujuan Sirul terlebih dahulu sebelum perbualan dengan Tun M dijalankan," katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.
Yang herannya, Si Mahfuz Bean tu ingat Tun Mahathir tu bodoh sangat ke macam dia? Buat apa dia nak susah - susah nak mengaturkan perbualan telefon tu diantara Sirul dengan Tun Mahathir?
Kenapa dia tak bawak je Tun Mahathir pergi ke Australia dan berjumpa secara lansung dengan Sirul? Kenapa nak dihabiskan masa berbual dalam telefon yang belum tentu orang dipanggil tu adalah tuan empunya badan?
Dan lagi satu persoalan yang perlu dijelaskan oleh Si Ketua Penerangan PAS tu sendiri. Kenapa dia hanya nak memperjuangkan Keadilan untuk Sirul seorang sedangkan Azilah Hadri dibiarkan didalam penjara di Malaysia? Takkan Si Mahfuz Bean tu lupa kot!!!
Political mileage..
BalasPadamPemimpin pembangkang nak membohongi rakyat standard SRP. Dia ingat dia dah cukup pandai taraf SRP.
BalasPadam