Sabtu, April 11, 2015

Heh! Memang sah la yang parti PAS tu tidak dapat lansung menandingi jati diri dan jiwa besar pemimpin - pemimpin dikalangan orang UMNO. Sebaliknya, diorang lebih pentingkan kerusi.

Ibarat kata pepatah, "Dah Terang Lagi Bersuluh". Parti yang mendakwa diri mereka selama hari ini 'Lebih Islam' dari orang lain tu sebenarnya hanya sekadar sebuah parti yang mementingkan jawatan.

Apa yang pasti, kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS ini membuktikan bahawa mereka GAGAL untuk mempamerkan diri mereka sebagai sebuah parti yang ada integriti dan berjiwa besar.

Sedangkan UMNO boleh berikan laluan kepada PAS dan tidak bertanding dalam PRK DUN Chempaka kerana menghormati Allahyarham Nik Aziz, kenapa diorang tak boleh buat benda yang sama?

Soalnya, kenapa PAS tidak boleh mengambil tindakan memberi penghormatan terhadap Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang telah banyak menyumbang bakti kepada rakyat di Rompin?

Sebaliknya, alasan yang diberikan PAS, keadaan di Kelantan berbeza dengan apa yang sedang berlaku di Rompin. Mereka kata, tidak sewajarnya PAS memberikan laluan mudah kepada Barisan Nasional.
“Saya percaya Pas akan bertanding di Rompin, lagipun isu yang berlaku di Rompin dan Kelantan tidak sama. Itu hak BN untuk tidak bertanding di Chempaka,” kata Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu.
Bahkan, PAS juga menganggap Barisan Nasional 'Takut' nak bertanding di DUN Chempaka. Maka sebab itu Barisan Nasional awal - awal lagi buat pengumuman untuk tidak bertanding.

Walhal, alasan yang PAS berikan itu tidak mampu untuk menjustifikasikan peribadi yang dipamerkan mereka. Mereka GAGAL untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai jiwa Islam.

Sebaliknya, alasan - alasan yang diberikan oleh PAS tu hanya membuktikan bahawa mereka lebih kemaruk nak mengejar jawatan daripada nak memberi penghormatan kepada orang lain.

Apa yang jelas, tindakan PAS yang tetap berdegil untuk bertanding di Parlimen Rompin sekali gus membuktikan bahawa parti itu tidak mempunyai maruah dan harga diri. Patut sangat la DAPigs pun tak percaya kepada mereka.

Itu bezanya diantara PAS dengan UMNO. PAS tak sanggup nak melepaskan peluang demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Tak macam UMNO yang sanggup korbankan agenda parti demi memenuhi kepentingan Ummah!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. ITU LAH PAS..PEMIMPIN DAN PENYOKONG SAMA SAJA..ASSABIAH...

    BalasPadam
  2. Biarkan mereka bertanding. Kita nak takut buat apa. Menang atau kalah adat bertanding. Ini juga satu ujian untuk BN negeri supaya berkerja lebih kuat lagi. Insha Allah ada hikmahnya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping