Jumaat, April 17, 2015

Wah!!! Ini satu berita menarik ni. Dengar khabarnya, Si Khalid Ibrahim tu tak lama lagi akan masuk dan menyertai PAS setelah dia ditendang keluar dari Parti Keldaikan Rakyat tu sebelum ini.

Dalam pada sibuk - sibuk PAS bergaduh sesama sendiri dan rakan sekutu mereka hangat menghentam Si Hadi Awang tu siang dan malam, lain pulak yang dilakukan oleh Si Khalid Ibrahim ni.

Katanya, Si Khalid Ibrahim tu sekarang ni sedang sibuk bergerak aktif dengan pemimpin - pemimpin tertinggi didalam PAS dan turut serta dalam beberapa siri pertemuan diluar Negara.

Yang paling terkini, Si Khalid Ibrahim tu dilihat bersama - sama dengan Hadi Awang dalam satu rombongan mengunjungi konco - konco mereka di Jakarta atas alasan mengeratkan ukhwah.

Perkara itu mendapat perhatian dikalangan rakyat apabila Ahli Parlimen (Bebas) Bandar Tun Razak tu memuat-naikkan status dan gambarnya dilaman Facebook peribadinya sendiri.

Khalid Ibrahim yang juga merupakan Mantan Menteri Besar Selangor telah digugurkan keahlian serta kedudukannya dalam PKR ekoran keengganannya meletakkan jawatan sebelum ini.

Jawatan Khalid sebagai Menteri Besar dijadikan mangsa dalam agenda perlaksanaan 'Langkah Kajang' bagi memberikan laluan kepada Si Wan Azizah tu untuk menjawat jawatan tersebut.

Namun akhirnya, Si Azmin Ali tu juga yang berjaya melobi dirinya untuk merampas jawatan tersebut dari Khalid Ibrahim dan seterusnya mengkhianati Wan Azizah selaku Presiden PKR sendiri.

Satu - satunya pihak yang memberikan sokongan penuh kepada Khalid sewaktu isu perlaksanaan agenda 'Langkah Kajang' tu sebelum ini ialah Hadi Awang dan kepimpinan PAS Selangor.

Jadi, tak heran la kalau Si Khalid Ibrahim ni akan buat keputusan untuk menyertai PAS dalam amsa terdekat ni. Tapi, nak ke pemimpin - pemimpin PAS tu terima keahlian Si Khalid Ibrahim ni?

Bukan ke sebelum ini ada dikalangan pemimpin - pemimpin PAS tu sendiri yang buat tuduhan bahawa Si Khalid Ibrahim ni suka berfoya - foya dengan perempuan? Jadi takkan diorang nak terima dia jugak?

Tapi, kalau diorang terima pun, kita tak pelik. Sedangkan pemimpin sedia ada dalam PAS tu sendiri pun pernah KANTOI berkhalwat dengan isteri orang. Jadi, apa nak heran kalau diorang sanggup terima orang yang suka berfoya - foya macam Si Khalid Ibrahim tu!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. ALHAMDULLILLAH. KALAU BETUL BERITA INI TAN SRI TAHNIAH. KAMI DI SELANGOR SANGAT LAMA DAH MENUNGGU BERITA INI.
    HARAP SANGAT TAN SRI BAWAK BEBERAPA ORANG BERSAMA TAN SRI..
    TENTU TAN SRI LEBIH ARIFF !

    BalasPadam
  2. KPD TSKI.
    KALAU BENAR LAH BERITA INI ALHAMDULLILLAH. KAMI RAKYAT MELAYU DI SELANGOR NI SGT MENGHARAPKAN BERITA INI MENJADI KENYATAAN.
    DAN HARAP SGT TAN SRI BAWAK BERSAMA TAN SRI BEBERAPA ORANG LAGI.
    TAN SRI TENTU LEBIH ARIFF.
    MUDAH MUDAHAN. AMIN.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping