Jumaat, April 17, 2015

Kalau diatas pentas - pentas ceramah, bukan main lagi diorang bercerita pasal kezaliman Kerajaan membebankan rakyat dengan melaksanakan cukai GST. Tapi, siapa sebenarnya yang membebankan rakyat?

Belum pun Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin dimulakan, puak - puak PAS ni dah mula dah bukak tabung kutip derma dari orang ramai. Alasannya duit tabung tu untuk berjihad kata dia.

Tapi, betul ke duit yang dikutip tu akan digunakan untuk berjihad? Mampu ke duit yang dikutip tu nanti mampu untuk membantu mengurangkan beban yang didakwa ditanggung oleh rakyat?

Kalau kita tengok, ini bukan kali pertama puak - puak PAS tu buat kutipan derma seumpama itu. Berapa banyak dah tabung yang diorang lancarkan atas nama Jihad sebelum ini.

Tapi akhirnya, ke mana hilangnya duit - duit tu semua? Apa yang mereka buat? Siapa yang audit duit - duit tu dan adakah hasil kutipan derma tu benar - benar digunakan untuk tujuan asalnya?

Itu baru cerita pasal kutipan derma yang diorang sibuk nak kutip. Belum kita cerita pasal isu perlaksanaan cukai yang dijalankan oleh puak - puak PAS tu sendiri. Bab itu, diorang tak nak cerita pulak?

Kalau betul perlaksanaan cukai ni satu perkara yang membebankan rakyat, kenapa Rejim PAS Kelantan sendiri melaksanakan kutipan cukai untuk membantu menambah kewangan Negeri?


Jika cukai itu dianggap haram dikenakan kepada rakyat, terutama yang beragama Islam, maka sistem cukai pintu dan juga cukai tanah di Kelantan perlu dihapuskan juga. Jangan la diorang setakat pandai bercakap, tapi tak berani pulak nak melaksanakannya!!!
PS: Mana perginya duit tabung Lahad Datu ni? Semuanya dah diserahkan kepada mereka yang terlibat ke? Takkan tabung tu dah tukar nama jadi tabung "Lesap Dah Tu" pulak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping