Agak menyedihkan nasib Mazlan Aliman dan pertubuhan ANAKnya bilamana mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa kehadiran mereka di Parlimen Rompin dilihat sebagai liabiliti kepada kempen PAS.
Program anjuran ANAK, Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 di FELDA Keratong 4 hujung minggu lalu dilihat GAGAL meraih sokongan dan kepercayaan pengundi di Gugusan Felda Keratong.
Program tersebut yang dijadualkan selama 2 hari berturut-turut sepatutnya diakhiri dengan ceramah Mat Sabu pada malam 26hb April. Namun program tersebut telah dibatalkan secara tiba-tiba pada tengahari.
Peniaga pula sudah mula mengemas tapak jualan yang didirikan seawal lebih kurang jam 1 petang manakala kerusi meja mereka pula diangkut pada sebelah petang lebih kurang jam 6.
Alasan yang diberikan berikutan pembatalan program tersebut secara mendadak kononnya berlaku perbalahan diantara penyokong tegar Mat Sabu dan penyokong kepada Tuan Ibrahim.
Tapi, yang peliknya, pada malam 26hb April iaitu malam penutup Himpunan Selamatkan FELDA 2.0, Mat Sabu dan Tuan Ibrahim telah berkongsi pentas ceramah yang sama di markas PAS FELDA Selancar 2!
Ironinya, ceramah kempen Pilihan Raya Kecil PAS di FELDA Selancar 2 tersebut dilihat tanpa kehadiran serta kelibat Mazlan Aliman mahupun anggota dari kalangan pertubuhannya, ANAK.
Selain isu pembatalan Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 secara tiba-tiba, kehadiran Datuk Sarchu Sawal, bekas Ketua Pegawai Eksekutif KPF Quality Foods Sdn Bhd yang berceramah pada malam 25hb April turut menjadi buah mulut masyarakat FELDA.
Isu yang ditimbulkan oleh penduduk FELDA disini ialah apabila Sarchu telah diumumkan sebagai Bekas CEO KPF sedangkan Sarchu hanyalah CEO kepada sebuah anak syarikat dibawah KPF!
Warga FELDA merasa cukup tertipu dan terpedaya dengan helah tersebut apalagi bila media arus perdana utama PAS, Harakah juga turut menamakan Sarchu sebagai bekas CEO KPF.
Selain isu menipu jawatan yang pernah disandang oleh Sarchu, isu etika dan kredibiliti Sarchu yang dipersoalkan apabila terbongkar perihal Sarchu yang telah didakwa pecah amanah.
Warga FELDA mempersoalkan kredibiliti serta integriti Sarchu yang masih dalam perbicaraan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes pecah amanah tersebut.
Ramai yang mempersoalkan kelayakan Sarchu untuk ‘Selamatkan FELDA, Selamatkan KPF’ sedangkan dia sendiri masih lagi dalam perbicaraan kes dengan pihak SPRM dan telah dipecat!
Ada juga dikalangan rakyat yang menyindir, sebaiknya Sarchu 'Selamatkan' dirinya terlebih dahulu sebelum sibuk hendak menyelamatkan organisasi gergasi orang Melayu, iaitu FELDA.
Bagi warga FELDA disini, Sarchu dilihat sekadar menggunakan peluang berceramah atas pentas PAS hanyalah atas sebab dendamnya kepada FELDA dan KPF, bukan kerana hendak menyelamatkan FELDA dan KPF.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.