MB Pahang melayani permintaan dan permohonan dari kalangan penduduk Orang Asli... |
Inilah nasibnya bila jadi pemimpin. Ke mana saja pergi pasti ada orang yang datang dengan pelbagai masalah yang dihadapi. Tapi sebagai seorang pemimpin, tanggungjawab perlu dilaksanakan juga.
Itu diantara ciri - ciri yang cukup penting bagi seorang pemimpin. Perlu berani berhadapan dengan rakyat biarpun dalam keadaan macam mana sekali pun. Tugas yang diamanahkan perlu dilaksana.
Bukan la macam sesetengah Menteri Besar di Negeri lain tu. Dia bukan setakat TAKUT nak berhadapan dengan rakyat. Tapi sebaliknya turut menuduh rakyat tu dengan dakwaan yang bukan - bukan.
Selepas dapat jawapan yang memuaskan, penduduk Orang Asli ni pun puas hati... |
Ada ke seorang Menteri Besar tu boleh buat dakwaan kata rakyat yang nak jumpa dia tu sebagai seorang "Pengganas Perkauman" hanya kerana mereka membantah pembinaan projek Datum Jelatek?
Itulah salah satu bezanya diantara Menteri Besar di Negeri tu dengan Menteri Besar Pahang ni. Waima macam mana cara sekali pun, Menteri Besar Pahang ni tetap sedia bertemu dengan rakyat.
Sekali Menteri Besar Pahang ni turun padang, mau sebeban surat dan permohonan dari kalangan masyarakat diterimanya. Termasuk la dari kalangan penduduk - penduduk Orang Asli ni.
MB Pahang sempat menyantuni penduduk Orang Asli Kampung Kedaik... |
Tapi, apa yang pasti, setiap kali mereka datang jumpa dengan Menteri Besar Pahang ni, ada jugak masalah mereka yang selesai. Dapat jugak diorang jawapan yang mereka cari selama hari ini.
Bak kata seorang penduduk Kampung Orang Asli di kawasan Parlimen Rompin ni, "Kalau undi BN sekurang-kurangnya kami dapat juga bantuan walaupun tak banyak. Jika PAS menang, mungkin kami tidak akan diendahkan." Selebihnya, korang fikir la sendiri!!!
PS: MB Pahang juga turut membuat pengumuman. Pahang cuti hari Selasa, 5 Mei 2015 bagi memberikan keselesaan untu semua penduduk serta pengundi dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ni keluar mengundi!!!
PS: MB Pahang juga turut membuat pengumuman. Pahang cuti hari Selasa, 5 Mei 2015 bagi memberikan keselesaan untu semua penduduk serta pengundi dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ni keluar mengundi!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.