Isnin, April 13, 2015

Itu yang sedihnya. Kenapa la masih ada orang yang 'Kurang Cerdik' macam ni ye? Bodoh sangat ke Ahmad Maslan ni sampai tahap dia sendiri pun tak tau mengenai undang - undang Universiti?

Takkan la dia tak tau yang pelajar di kampus tidak dibenarkan untuk memasak didalam kawasan kampus kerana ianya akan membiarkan pelajar tu terdedah kepada bahaya keselamatan.

Adakah Ahmad Maslan ni se-BODOH budak yang tak lulus SRP? Sedangkan Si Mahfuz Bean yang sekadar LULUS SRP tu pun tau mengenai perkara tersebut. Kenapa dia masih keluarkan kenyataan tersebut?

Semalam, ada sahabat blog ini yang dapat peluang duduk bersama - sama Ahmad Maslan dalam satu program yang turut dihadirinya. Maka sudah pasti soalan tersebut diajukan kepada dia.

Kata Ahmad Maslan, "Dalam seribu satu patah perkataan yang dijelaskan melalui program tu, hanya perkataan memasak itu sahaja yang dijadikan tumpuan oleh para pelajar.

Saya tidak memaksudkan para pelajar yang duduk di Universiti. Sebaliknya, kenyataan itu ditujukan kepada mereka yang duduk diluar. Yang duduk menyewa dirumah sewa."

Dan apa yang lebih menarik, kenyataan yang sama juga turut dijelaskan oleh Ahmad Maslan melalui akaun twitter miliknya sebelum ini. Tapi masih juga ada yang enggan menerima penjelasan tersebut.

Jika difikirkan secara logik, memang betul kata Si Ahmad Maslan tu. Sedangkan masa belajar di Kolej dulu pun, berapa ramai je pelajar yang duduk didalam kampus? Kebanyakkannya menyewa rumah sewa.

Dan memang ianya diakui. Bagi orang bujang yang duduk dirumah sewa, kaedah memasak sendiri ni yang mampu menjimatkan perbelanjaan. Ianya jauh lebih murah dari makan dikedai.

Bukannya kita nak mengampu Si Ahmad Maslan tu. Tapi, itulah REALITInya. Tanya la budak - budak yang belajar di Universiti tu. Berapa ramai dikalangan mereka yang duduk diluar kampus?

Persoalannya, kenapa masih ada dikalangan anak - anak pelajar yang dah menjejakkan kaki mereka di Universiti masih lagi memiliki pemikiran JUMUD seperti itu? Dan kenapa ianya diluahkan secara terbuka?

Sepatutnya, sebagai seorang pelajar Universiti, mereka sendiri boleh berfikir secara kritikal dan terbuka luas untuk menilai kenyataan Si Ahmad Maslan tu dengan menggunakan akal mereka sendiri. 

Tapi, diorang nak jugak ikut cara pemikiran Si Mahfuz Bean yang sekadar LULUS SRP tu. Apa yang boleh kita buat? Kalau kita kata budak - budak yang belajar kat Universiti ni BODOH, diorang marah. Namun hakikatnya, diorang ni belajar je tinggi - tinggi tapi akalnya masih ditapak kaki!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. Itu nak jadi isu saja bukan tak faham dan isu itu akan diminipulasi oleh pembangkang supaya menimbukkan tidak puas hati. Lain kali hati2 bila bagi cadangan jgn jadi isu macam juga sayur kangkung.

    BalasPadam
  2. Betoi ke si Ahmad MAslan ni dapat GPA 3.85????......0.385 kut...atas sikit dari Mahfos Bean.....

    BalasPadam
  3. Inilah contoh menteri yg dilantik oleh najib
    Bukak mulut jer telinga sakit.
    Betul tun m cakap tu.
    Umno cukup2lah dgn amalan ampuism tu.
    Jgn sampai kt bawah ni meluat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping