Khamis, April 09, 2015

*Nama je pemimpin parti Islam. Tapi perangai macam Haramjadah. Kerjanya asyik menabur fitnah je. Macam dah tak de kerja lain diorang nak buat!!!

Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengarahkan setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dan empat yang lain untuk membayar ganti rugi RM100,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana memfitnah Felda menerusi dua artikel kononnya agensi itu menjual minyak sawit mentah ke Israel.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim sebulat suara menolak rayuan Mustafa, dan empat defendan lain iaitu ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, editor Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusof dan Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham juga menolak rayuan Felda terhadap presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman.

Pada 30 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi mengarahkan Felda membayar kos guaman RM30,000 kepada Mazlan selepas Hakim Lee Heng Cheong mendapati Mazlan telah berjaya membuktikan pembelaan berdasarkan perlindungan bersyarat dan komen yang adil.

“Kami bersetuju dengan dapatan fakta oleh Mahkamah Tinggi yang tidak memerlukan kami mengganggu/campur tangan). Tiada perintah mengenai kos dikeluarkan (untuk kedua-dua rayuan),” kata Hakim Abdul Aziz.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Felda manakala peguam Azhana Mohd Khairuddin mewakili keenam-enam defendan.

Pada 7 Jan 2013, Felda memfailkan saman terhadap keenam-enam mereka dan bekas setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail berhubung artikel bertajuk “2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel” dan “BN Jangan Tipu Rakyat” bertarikh 27 Nov, 2012, yang disiarkan dalam Suara Keadilan.

Dalam kenyataan tuntutan, FELDA menyatakan bahawa Mazlan telah muat naik dalam laman Facebook beliau pada 19 Nov 2012 gambar invois dan kapsyen yang berbaur fitnah kepada Felda dan juga membuat kenyataan yang sama semasa perhimpunan di hadapan pejabat Felda empat hari kemudian (23 Nov, 2012).

Felda mendakwa kenyataan itu diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam dalam beberapa artikel akhbar Harakah antara 26 Nov dan 29 Nov 2012.

Ia mendakwa bahawa kenyataan itu telah menjejaskan reputasi Felda dan bahawa defendan berbuat demikian dengan niat untuk memenuhi agenda peribadi mereka untuk menghakis kepercayaan rakyat kepada Felda.

Bagaimanapun, Saifuddin pada 21 April 2013 mencapai penghakiman persetujuan ke atas saman fitnah dan bersetuju untuk menarik balik mana-mana tuduhan dalam artikel itu yang diterbitkan dalam akhbar parti Suara Keadilan.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping