Sejak tersiarnya artikel dilaman blog ini semalam, macam - macam pandangan dari beberapa orang rakan yang melemparkan pendapat yang serupa dengan apa yang telah dinyatakan dalam artikel tersebut.
Rata - rata mereka bersetuju dengan khabar angin yang mengatakan bahawa kemungkin PAS Pahang buat keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin.
Kata mereka, "PAS selaku sebuah parti yang memperjuangkan Islam perlu melahirkan rasa simpati terhadap apa yang telah menimpa keatas Allahyarham Tan Sri sebelum ini."
"Jadi, tak salah sekiranya PAS buat keputusan untuk tidak bertanding bagi membuktikan bahawa mereka mengamalkan Politik Matang dikalangan rakyat Malaysia."
Malah, ada juga dikalangan mereka yang bersetuju sekiranya PAS tidak bertanding, maka parti itu akan dipandang lebih bermaruah dari parti - parti lain didalam Malaysia pada ketika ini.
"Takkan hilang maruah PAS sekiranya mereka tidak bertanding. Sebaliknya, ianya akan memberikan 'mata tambahan' kepada parti itu dikalangan rakyat dimasa akan datang.
Lagi pun, PAS perlu menunjukkan keikhlasan dan kejujuran mereka dalam perjuangan seperti mana yang telah dipamerkan oleh Barisan Nasional sewaktu PRK DUN Chempaka sebelum ini."
Namun, tak kurang juga ada dikalangan mereka yang agak skeptikal apabila mendengar khabar angin mengenai keputusan sebulat suara yang telah dibuat oleh PAS Pahang tu sebelum ini.
Bagi mereka, keputusan sedemikian seolah - olah tidak masuk akal memandangkan PAS bukannya sebuah parti yang mempunyai maruah untuk dipelihara dan dijaga dengan baik.
"Mustahil PAS akan melepaskan peluang keemasan seperti ini? Tak masuk akal kalau diorang tak nak bertanding di Pilihan Raya Kecil tu nanti. Mati hidup semula pun belum tentu diorang akan buat sedemikian.
Sedangkan dikalangan ahli - ahli mereka didalam media sosial pun dah mula menyerang kepimpinan Allahyarham Tan Sri JJ secara terbuka, takkan pemimpin Negeri nak buat tak nampak pulak?"
Soalnya, sama ada benar atau pun tidak khabar angin yang disebarkan oleh sesetengah pihak, ianya masih tetap tidak mustahil untuk berlaku secara nyata. Nak pulak dalam keadaan Politik semasa.
PAS dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan dari kalangan pimpinan UMNO bagi menyokong Rang Undang - Undang Syariah yang dibentangkan oleh Hadi Awang sebelum ini.
Malah, Presiden PAS tu juga dijangka akan bertemu dengan YAB Perdana Menteri bagi mendapatkan sokongan penuh untuk meluluskan pembentangan Rang Undang - Undang tersebut.
Jadi, tak heran jika PAS akan meletakkan syarat bahawa mereka tidak akan bertanding di Parlimen Rompin bagi memastikan Rang Undang - Undang tersebut menjadi kenyataan di Parlimen. Lagi pun, dalam Politik ni macam - macam benda boleh berlaku!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.