Ahad, April 12, 2015

Meskipun diarahkan untuk menutup laman sosialnya, pengendali akaun Tuc Tok Usin Ceroi enggan berbuat demikian dengan alasan tetap mahu mendedahkan sekumpulan ahli PAS yang berkonspirasi mahu menjatuhkan pimpinan utama parti.

Usin Ceroi adalah individu yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman audio yang mengandungi suara mirip Mohamad Sabu - sedang memberikan taklimat mengenai gerakan menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada pemilihan PAS akan datang.

Usin Ceroi juga mendakwa mempunyai bukti bahawa beberapa pimpinan kanan PAS Pusat terlibat dalam komplot menjatuhkan Hadi dan kepimpinan ulama dalam parti. 
"Tok berpegang pada prinsip lebih baik kelupoq untuk kebaikan jemaah daripada dok mengeram dalam selimut untuk membiarkan kemungkaran dan kerosakkan terus berlaku, umpama sebuah perkahwinan, jika dalam ikatan itu banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan, maka penceraian adalah jalan terbaik, kemudian satukan kembali ikatan itu dengan cara rujuk jika masih tersisa kasih sayang dan kebaikan yang hendak dicapai bersama.
".... Kebijakkan, kefaqihan, kehebatan, kekuatan dan ramainya kita belum tentu mampu untuk hadapi musuh jika kita tidak kuasai kemahiran atau strategi yang mereka rencanakan terhadap kita.
"Kesimpulannya tok minta maaf kerana terpaksa ingkar dan tolak saranan arahan daripada Tuan Ibrahim Tuan Man yang sangat tok hormati dan kasihi," demikian memetik kenyataan di laman Facebooknya, baru-baru ini.
Terdahulu arahan penutupan laman sosial itu dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pada 8 April lalu yang mendakwa kenyataan dari Facebook berkenaan mengundang perpecahan dan salah faham di kalangan ahli-ahli PAS.

Mengulas lanjut daripada pimpinan tertinggi parti tersebut, Tuc Toc menegaskan beliau akan tetap bersama pimpinan ulama PAS bagi menepis serangan yang ditujukan terhadap mereka.

Malah baginya tiada keperluan menutup Facebooknya selagi golongan yang bersekongkol menjatuhkan pimpinan ulama tidak menghentikan perbuatan mereka.
"Tok boleh akur segala permintaan itu dengan syarat pihak jebon juga memberhentikan segala fitnah dan serangan terhadap ulama dan presiden dan yang paling penting PasMa wajib dibubarkan, jika jebon-jebon berhenti dan membubarkan PasMa, maka saat itu wajib juga tok memberhentikan perbuatan tok ni.
"Jika Tuan Ibrahim Tuan Man boleh bagi jaminan beliau mampu memberhentikan jebon dan membubarkan PasMa, maka Waallahi tok juga akan tutup fb tok. Segalanya bergantung pada Tuan Ibrahim Tuan Man, tok hanya wala jika menguntungkan jemaah dan islam, tiada wala dalam perkara untuk membiarkan kerosakkan dan kemungkaran," tegasnya.
PS: Amacam Pak Berahim? Berani tak nak sahut cabaran Toc Tok Usin Ceroi ni untuk menegakkan Kebenaran? Kalau itu pun dia tak berani buat, nak bertanding menda kejadahnya lagi!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping