Ahad, April 12, 2015

Fuh!!! Lama gila tak dengar cerita pasal Si Nurul Nuha ni. Terasa rindu pulak nak dengar cerita pasal dia ye tak. Mau meruntun jiwa bila lama sangat dia kesepian walaupun masih ada suami.

Tapi, kesepian Si Nuha ni dah tentu - tentu tak dapat nak menandingi kesepian yang sedang dihadapi oleh kakak dia yang sulung tu. Dah la suami takde, Papa pulak masuk penjara. Kesian!!!

Jika sebelum ini, kita ada dengar nama Si Nuha ni menjadi sebut - sebutan dibibir - bibir jejaka macho dikalangan Anak Muda Kecoh tu sebab dia menjadi Ketua kempen 'March 4 Freedom'.

Tapi malangnya, kempen yang diketuai oleh Si Nurul Nuha tu GAGAL mendapat sambutan untuk meraih simpati dari kalangan rakyat. Maka kali ini, diorang gunakan pulak Si Nuha ni untuk jadi bahan PRK Permatang Pauh.
PETALING JAYA: Nurul Nuha Anwar disebut-sebut bakal dipilih menjadi calon Parti keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Sumber dalaman daripada PKR Pusat memaklumkan kepada FMT, Nurul Nuha atau lebih mesra dipanggil Nuha merupakan calon terbaik untuk mengekalkan legasi ayahnya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Anwar masih mempunyai pengaruh yang kuat di Permatang Pauh dan PKR memerlukan calon yang sangat rapat dengan Anwar dan keluarganya untuk mengekalkan kerusi Permatang Pauh,” katanya.

Sumber itu berkata, pimpinan PKR mungkin tiada masalah dengan pilihan itu kerana tiada seorang pemimpin PKR yang benar-benar menonjol setakat ini.

Anak kedua Anwar, Nuha, 31, merupakan suri rumah tangga berkelulusan Ijazah Teknologi Seni Visual dari Universiti George Mason, Amerika Syarikat.

Sumber itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Presiden PKR, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail bertanding semula di Permatang Pauh.

Katanya, jika Wan Azizah bertanding ia kemungkinan ada kaitan dengan usaha menyekat Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dari dilantik menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

“Umum sudah tahu Wan Azizah tidak sehaluan dengan Azmin dan beliau serta beberapa pemimpin PKR lain akan berusaha menyekat kemaraan Azmin,” katanya yang meminta supaya identitinya dirahsiakan.
Kesimpulannya, sama ada Si Nurul Nuha atau pun Si Wan Azizah tu yang bertanding di Permatang Pauh nanti, Parlimen tu tetap menjadi milik ahli keluarga Si Ketua Penipu tu jugak. Dalam erti kata mudahnya, amalan Nepotisme jugak yang menjadi pilihan diorang!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Ijazah Teknologi Seni Visual - (ijazah seni tengok),,, fuh tengok saja pun perlu ijazah ye? apa-apalah.. asal ada ijazah sudahlah... papa jahatnya pun ijazah am je kan, tapi ramai juga yang sanggup mati kerananya... geng2 otak taik

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping