Jumaat, April 10, 2015

Hanya orang yang 'Kurang Cerdik' je yang akan terpedaya dengan Si Mahfuz Bean ni. Bila dah terkena pada batang hidung sendiri, baru la dia tau perangai sebenar Si Mahfuz Bean ni.

Bukan la kita nak kata Si Sirul tak cerdik. Tapi dia tak faham apa yang dimaksudkan dengan Pembelit Politik. Nak pulak bagi orang macam Si Mahfuz Bean ni. Dia memang cukup pandai.

Tinggal lagi, bab nak mempergunakan orang lain demi memenuhi kepentingan Politik Peribadi dia tu je yang dia pandainya. Kalau suruh dia jaga kebajikan rakyat, satu hapah pun dia tak reti.

Dek kerana dia terlalu nak menjaga kepentingan Politik Peribadi sendiri la yang membuatkan Si Mahfuz Bean tu sanggup mengheret orang lain demi memenuhi kemahuan diri dia sendiri.

Jika sebelum ini, dia mempergunakan nama Si Sirul tu untuk dijadikan bahan Politik Murahan. Tapi, itu pun GAGAL jugak untuk dia penuhi apabila dia sendiri kantoi depan para wartawan.

Kemudian, dia cuba pulak nak raih simpati dari kalangan rakyat dengan mengheret ibu Sirul pulak untuk menutup kemaluan dia yang dah terdedah sebelum ini. Pun tak berjaya jugak.

Kali ini, Si Mahfuz Bean tu mempergunakan pulak Tun Mahathir dengan harapan ianya dapat melonjakkan nama dia dalam isu yang berkaitan dengan kes pembunuhan Si Altantuya tu.

Dan dalam masa yang sama, Si Mahfuz Bean tu harap, usaha tersebut akan membuatkan imej serta maruah YAB Perdana Menteri menjadi bahan pertikaian dikalangan rakyat secara keseluruhannya.

Soalnya, adakah Si Mahfuz Bean tu buat semua benda tu demi untuk menjaga kepentingan Sirul? Adakah dia benar - benar nak memperjuangkan Keadilan bagi bekas anggota UTK tu sendiri?

Dah tentu - tentu jawapannya TIDAK. Kalau betul Si Mahfuz Bean tu nak jaga kepentingan Sirul, kenapa pulak Si Sirul tu merayu supaya jangan diheret nama dia demi kepentingan Politik?
PETALING JAYA: Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah kerana membunuh Altantuya Shaariibuu merayu kepada semua pihak supaya menghormati kedudukannya sebagai tahanan Imigresen Australia yang perlu mematuhi undang-undang negara itu, bukan mengheretnya dalam kancah politik.

"Dia mohon dan merayu kepada semua pihak tak kira ahli politik, pembangkang dan orang ramai yang prihatin serta simpati dengannya supaya bertimbang rasa dengan posisi undang-undang yang dihadapinya sekarang dan menghormati kedudukannya.


"Jika benar-benar mahu melindungi kepentingannya, dia minta supaya berhenti mengheret kes ini ke kancah politik atau ke dalam apa jua bentuk kancah sekali pun. Dia minta biarlah kes ini dikendalikan oleh proses undang-undang," jelas peguam Sirul, Hasnal Rezuan kepada mStar Online, Khamis.
Nah! Itu membuktikan bahawa Si Mahfuz Bean tu hanya pandai MEMPERGUNAKAN ORANG LAIN untuk kepentingan Politik Peribadi dia sendiri. Yang herannya, kenapa benda semudah itu pun susah sangat orang lain nak faham!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kenapa susah2 dok pi cari Sirul bukankah Cif Inspector Azilah dok ada dan lebih tau tentang hal sebenar malahan beliau Bos Sirul. Nampak sangat Mahfuss ni putar belit.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping