Jumaat, April 10, 2015

Dengan pengumuman yang dibuat oleh SPR hari ini membuatkan puak - puak PKR tu menjadi semakin tertekan. Nak pulak bila PAS dilihat mempunyai alasan untuk melarikan diri.

Memandangkan PAS tetap akan bertanding di Rompin, sudah tentu ianya akan menambahkan lagi kesukaran buat puak - puak PKR bagi meraih sokongan rakyat dikawasan Permatang Pauh.

Nak pulak bila dalam keadaan sekarang, rakyat di Permatang Pauh sendiri sudah tidak lagi menerima kehadiran calon 'Recycle' yang terdiri dari kaum keluarga Si Ketua Penipu tu sendiri.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh salah seorang penduduk yang juga pengundi dikawasan Parlimen Permatang Pauh yang jelas mahukan calon baru dipertandingkan bagi kawasan Parlimen tersebut.
"Saya dah banyak kali mengundi di Permatang Pauh ni dan kali ni kalau calon yang sama juga, maknanya kali kedualah calon tu bersilih ganti".


"Jika sebuah parti itu hanya meletakkan anggota keluarganya sahaja, ia dilihat seperti ia (parti) adalah milik mereka," kata Ismail Ahmad, 61 tahun ketika ditemui di sini.
Seorang lagi pengundi dikawasan tersebut juga turut meluahkan perkara yang sama dan kelihatan agak kecewa kerana PKR menjadikan kerusi Parlimen Permatang Pauh tu khusus untuk keluarga Si Ketua Penipu tu saja.
"Sebelum ini, kami memang memandang tinggi kepada PKR, tetapi keadaan itu  sudah berubah kerana selepas beberapa kali pilihan raya umum dan pilihan raya kecil, calon hanya daripada keluarga Anwar...selepas menang jarang berada di  Permatang Pauh.


"Kami sudah muak dengan permainan politik keluarga beliau, lagipun mereka gagal mengotakan janji dan hanya muncul ketika tempoh berkempen kemudian hilang. Kami susah nak jumpa wakil rakyat kami," jelas Ridhwan Malek, 37 tahun.
Apa yang jelas, puak - puak PKR tu kini semakin bertambah terdesak apabila PAS dilihat mengambil pendirian untuk tidak turut serta dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh.

Jika sebelum ini, PAS menggunakan alasan kononnya PKR menolak perlaksanaan Hukum Hudud dan turut didakwa menghina kepimpinan Hadi Awang selaku Presiden yang dianggap sebagai Pengkhianat.

Kali ini, PAS mempunyai alasan yang lebih kukuh untuk tidak mengendahkan PKR di Permatang Pauh kerana mahu memberikan tumpuan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin. Maka, tinggal la Si Wan Azizah tu terkontang kanting keseorangan!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping