Sabtu, Mei 16, 2015

Agak - agak korang, Si Mahfuz Bean tu tau tak berapa banyak angka 'kosong' yang terdapat dalam ungkapan 'BILLION' tu? Jangan Si Mahfuz Bean tu ingat ungkapan 'BILLION' tu sejenis nama kuih sudah la.

Hakikatnya, kempen yang dilaksanakan oleh puak - puak PAS tu sebenarnya tidak mendatangkan sebarang faedah. Apa yang diorang buat hanya sekadar mengabihkan masa je.

Cuba korang fikir secara rasional di samping harus ada rasa tanggungjawab untuk pertahankan institusi milik orang Islam iaitu kita semua. Ada beberapa isu perlu difahami sebelum nak buat keputusan yang tidak bijak:
1. Semua duit deposit simpanan didalam Tabung Haji adalah dijamin oleh kerajaan. Jadi tak perlu bimbang kononnya duit kita lesap bila Tabung Haji rugi (kalaupun betul dakwaan rugi).

2. Lagi pun Tabung Haji mempunyai dana sebanyak RM56 Billion atau RM56,000 juta. Pelaburan Tabung Haji dibuat berdasarkan strategi "alokasi aset" yang telah diluluskan terlebih dahulu oleh Lembaga Pengarah. Daripada jumlah ini alokasi atau peruntukan untuk sektor pelaburan hartanah adalah 15-20 peratus atau kira kira RM11 billion.

3. Sejak 10 tahun dulu, Tabung Haji tidak pernah gagal bahkan trend menaik dari tahun ke tahun dalam pemberian bonus dan dividen yang tinggi. Kadar dividen Tabung Haji adalah lebih tinggi berbanding dengan mana mana tawaran pelaburan di mana mana institusi perbankan Islam dan patuh Syariah. 

Bahkan risiko pelaburan amat rendah (atau hampir tiada lantaran jaminan yg diberikan kerajaan) berbanding mana mana dana amanah yg lain. Tahun lepas sahaja 8.5 peratus bonus (6.25% bonus tahunan dan 2% bonus haji) diagihkan pada setiap pendeposit selepas ditolak zakat. Maknanya tidak perlu lagi bimbang soal tanggunjawab zakat kerana telah dibayar bagi pihak pendeposit.

4. Pelaburan atau pembelian hartanah yang dibuat oleh Tabung Haji hanya dalam hartanah yang patuh syariah dan mampu menjana pulangan (yield) tidak kurang 6%. Dalam kes pelaburan Tun Razak Exchange, pelaburan dijangkakan memperolehi pulangan tahunan antara 8-9.5% iaitu bersamaan keuntungan secara kasar kira2 RM180 juta setahun berbanding kos pembelian tanah yang dibeli pada harga RM170 juta.

5. Harus rasional bahawa yang didakwa bermasalah adalah 1MDB bukannya aset hartanah yang dijualnya. Analogi mudah bila kita beli rumah di kawasan strategik yang kita tahu harganya akan naik tinggi selepas beberapa tempoh. Soalnya, adakah kita beli rumah itu kerana lokasinya atau kerana pihak yang menjual rumah tersebut?
Tapi masalahnya puak - puak Pakatan Haramjadah tu tak mampu nak terima hakikat kebenaran ni sebab diorang suka berfikir dengan menggunakan Kepala Lutut. Tu pasal la diorang suka meroyan.

Kalau betul PAS nak jugak teruskan kempen yang direncanakan, maka ianya perlu dimulakan dengan kepimpinan parti tu terlebih dahulu. Suruh Si Mahfuz Bean tu keluarkan SEMUA duit simpanan dia dalam Tabung Haji. Jangan dia setakat pandai bercakap je!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. TOLONG LAH LETAKKAN ' SOME SENSE' DI OTAK PUAK2 PAS NI. KESIAN TH. SENANG BENAR NAK KELIRUKAN ORG MELAYU . MEREKA NI SENANG SANGAT NAK DITIPU
    MALAH DGN SATU AYAT NEGATIVE MEREKA BLH UBAH JADI 100 CERITA NAGATIVE. SEMUANYA MENJURUS KEPADA KEROSAKKAN PADA BANGSA DAN AGAMA KITA. MCMANA MELAYU NAK MAJU KALAU HATI PENUH DENDAM DAN SYAK WASANGKA. LEBIH2 LAGI DARI PUAK PASS DAN MELAYU PKRR

    BalasPadam
  2. Puak pas ni tak takut dosa buat fitnah

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping