Isnin, Mei 18, 2015

Dalam ruangan Soalan Lazim (FAQ) di blognya www.najibrazak.com, YAB Perdana Menteri telah menggariskan 13 isu dan dakwaan yang telah mencemar nama baik beliau dan pentadbirannya.

* Berhubung dakwaan media asing yang melabel Malaysia sebagai Negara paling rasuah di dunia, Najib berkata laporan itu dibuat hanya berdasarkan kepada tinjauan persepsi semata - mata.

Najib bagaimanapun merujuk Indeks Persepsi Rasuah Transparency International yang meletakkan Malaysia di kedudukan 50 dari 175 negara yang dikaji. Malaysia memperbaiki kedudukan sebanyak tiga anak tangga berbanding tahun lalu.

* Najib juga menolak kritikan Tun Dr Mahathir yang mendakwa Bantuan Bakyat 1Malaysia (BR1M) satu bentuk rasuah mengatakan ia sebahagian subsidi bersasar yang hanya akan memberi faedah kepada keluarga berpendapatan rendah.

Najib berkata BR1M lebih efisyen berbanding subsidi petrol dan gula yang juga memberi manfaat kepada orang kaya. Ia juga diberi tanpa mengira latar belakang politik dan tidak mengira musim pilihan raya.

* Najib juga menjawab tuduhan berhubung firma pelaburan negara yang sarat dibebani hutang, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dengan merayu pengkritiknya menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara.

Beliau mengulangi yang Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga sedang menyiasat 1MDB dan berjanji mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang didapati bersalah kerana penyalahgunaan atau penyelewengan.

* Satu lagi kritikan Dr Mahathir ialah Najib tidak mempunyai keberanian membina jambatan bengkok diantara Johor dan Singapura kerana republik itu menolak projek tersebut.

Najib menulis, persetujuan dari Kerajaan Singapura juga sangat diperlukan untuk merobohkan tambak bagi membina jambatan kerana paip air di tambak itu adalah milik Singapura.

* Najib turut menyangkal pandangan yang pentadbiran beliau mengetepikan penjawat awam melalui penggunaan perunding swasta.
"Perkhidmatan awam sentiasa dan selamanya berada di tengah-tengah pentadbiran dan operasi negara. Perkhidmatan awam menguruskan negara secara harian.
"Hanya kerana beberapa individu dan pihak dilantik membantu, tidak bermakna pengalaman mereka tidak lagi diperlukan. Ia satu komen yang tidak adil dan tiada objektif. Membantu, YA; mengambil alih, TIDAK."
* Najib menafikan dakwaan beliau tidak mempedulikan tindakan afirmatif bagi golongan bumiputera, menekankan yang beliau memperuntukkan bantuan berjumlah RM47.95 bilion bawah Program Pemerkasaan Bumiputera.

Pentadbirannya juga memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi negara supaya semua kaum boleh memperbaiki kedudukan sosial mereka.

* Najib mengecam beberapa pengkritik yang menuduh slogan 1Malaysia beliau sama seperti slogan "Malaysian Malaysia" DAP.
“Tidak seperti slogan DAP, 1Malaysia menerima Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan kedudukan istimewa orang Melayu dan mempunyai dasar pro-bumiputera seperti Majlis Pemerkasaan Bumiputera.
"Untuk mengatakan 1Malaysia sama dengan Malaysian Malaysia, ia satu perkata yang menyimpang dari realiti, dengan niat semata-mata mengelirukan orang Melayu."
Categories:

10 ulasan:

  1. cer buat jambatan bengkok tu....taklah tun m merepek.

    BalasPadam
  2. Saya hanya ingin memperkatakan satu sahaja. Jawapan untuk 1MDB memang tak memuskan langsung. Menunggu laporan pac dan ag bukan isu. Najib sebagai ketua mesti ada keberanian menjawab 1 + 1 = 2...

    BalasPadam
  3. satu pun tak bleh pakai. aku dah tidak menyokong bn yg diterajui oleh najib.
    aku yakin ramai lg rakyat Malaysia yg mpunyai sentimen yg sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau silap.. ramai lagi yg sokong BN Najib.. hidup BN..!

      Padam
    2. Tak puas hati dgn k'rajaan BN berhenti dari menyokong,jika Semua org berfikiran begitu, linkuplah k'rajaan Melayu jadi macam diTimur Tengah hura hara yg tidak berkesudahan.Tak ada party lain yg cermerlang memerentah selain dari BN.

      Padam
  4. Semua jawapan pun datang dari "punah sihat" , Najib hanya pandai "kelepiaq" (kata orang utara) tapi tak reti nak selesaikan masalah yang ditimbulkan sendiri.

    BalasPadam
  5. Ingat seni kata lagu ini..."bila hati sudah suka semua indah belaka....TAPI sebaliknya bila rakyat sudah benci lu bikin apa pun di pandang sepi.....

    BalasPadam
  6. Komen diatas semua komen pemakan belacan tegar

    BalasPadam
  7. suka-suka jer..!!!18 Mei 2015 pada 3:22 PTG

    Hangpa semua yg komen ni la yg teramat baguih no....sumbang satu hapa pun tak pernah kat negara dok ngata mcam2...mcm la hangpa semua ni baguih sgt....meludah kelangit ja hangpa semua ni....tak pasai2 wat dosa kering sangkut stndby tepi muka neraka ja hangpa semua ni......!! Hambek nak...

    BalasPadam
  8. Bkn kutuk.. cuma x rasa relevant statement yg dia jwb tu.. rakyat x senang dgn gst.. dah tu lak ley dgn hal2 cam ni... minyak naik selalu ley redha lg.. bab gst & isu2 ni.. tgh cr jln nak pujuk hati redha dan buat x reti aja..hmm

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping