Hanya kerana Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang tu bangkit mempertahankan dasar perjuangan parti dan mahu orang lain menghormati Presiden, dia telah ditukar dengan alasan ianya sebagai amalan biasa.
Mohd Yusni Mat Piah, yang pernah mencetuskan kontroversi kerana memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh telah digugurkan sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang,
Dia telah digantikan oleh Setiausaha Dewan Pemuda Pas negeri, Afnan Hamimi Taib. Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat menyatakan pertukaran itu merupakan amalan biasa dan dibuat oleh Pemuda Kawasan di Negeri itu.
Tambahan pula, katanya, Mohd Yusni telah melepasi had umur yang ditetapkan bagi jawatan Ketua Pemuda. Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Asrol Sani Abdul Razak menyambut baik pelantikan Afnan itu.
Katanya. pelantikan kepimpinan baru Pemuda Pas dapat mengukuhkan lagi kerjasama Pemuda Pakatan Rakyat (PR) untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Kami menyokong segala usaha Pemuda Pas Pulau Pinang bagi merealisasikan agenda yang menguntungkan Pakatan Rakyat dan tidak akan menyokong sebarang agenda bersifat peribadi yang tidak selari dengan polisi Pakatan Rakyat,” katanya dalam kenyataan media.
Soalnya, jika benar ianya satu amalan biasa, kenapa tidak ditukarkan Ketua Pemuda di Negeri lain? Kenapa dah nak dekat dengan Muktamar baru dia nak tukar kepimpinan PAS Negeri Pulau Pinang tu?
Dan, jika benar Mohd Yusni sudah melepasi had umur yang ditetapkan bagi jawatan Ketua Pemuda, kenapa ianya tidak dilakukan selepas pemilihan parti diadakan? Itu yang buat kita rasa pelik.
Bagi sesetengah pihak, mereka melihat tindakan Suhaizan tu dibuat kerana mahu menyelamatkan kedudukan dirinya sendiri dalam pemilihan parti yang akan diadakan bulan depan.
Katanya, jika perkara itu tidak dilakukan, maka kedudukan Suhaizan untuk kekalkan jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat sudah pasti akan bertambah sulit. Maka sebab itu dia ambik tindakan sedemikian.
Seandainya benar dakwaan yang dibuat oleh sesetengah pihak ini, maka ianya menggambarkan bahawa Ketua Pemuda PAS Pusat tu buat tindakan yang tidak berlandaskan kepada etika. Diri lebih mengutamakan diri dia sendiri dari perjuangan parti!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.