Sabtu, Mei 02, 2015

Huh! Nampak gayanya perbalahan terbuka diantara Tuan Berahim dengan Mat Syabun tu dilihat semakin bertambah sengit dengan tindakan yang tak masuk akal dilakukan oleh mereka.

Jika sebelum ini, Si Tuan Berahim tu dimaklumkan mengenai isu cukai tanah yang tak munasabah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pahang terhadap beberapa orang penduduk disekitar kawasan Rompin.

Kata Tuan Berahim, beberapa orang penduduk khususnya dikawasan Desa Teratai disini merungut kerana mereka terpaksa membayar cukai tanah diantara RM100 hingga RM300 setahun.
"Pada asalnya mereka hanya membayar RM20 kepada Pejabat Tanah Daerah Rompin (PTD) namun pada 2013 mereka terkejut kenaikan melebihi 100 peratus. Kenaikan tersebut tidak masuk akal dalam situasi ekonomi yang tidak menentu pada hari ini," dakwanya.
Dari sumber yang mendedahkan mengenai perkara tersebut, makluman mengenai perkara itu disampaikan kepada Tuan Berahim oleh penyokong - penyokong PAS yang tinggal dikawasan tersebut.

Namun hakikatnya, Tuan Berahim tu sendiri jelas telah tertipu dengan makluman yang diberikan kepada dirinya mengenai isu cukai tanah tu sebelum ini oleh mereka yang berkenaan.

Dan Si Tuan Berahim tu sendiri pun tidak suka nak mengambil tanggungjawab untuk membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa, terutama dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Pahang sendiri.

Sumber dari Pejabat PTG sendiri memaklumkan bahawa cukai tanah pada tahun 2007 pernah dinaikkan dan ianya berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010, tetapi hanya berjalan untuk tempoh yang singkat.
"Setelah pihak Kerajaan menerima aduan rakyat yang rasakan cukai tersebut terlalu membebankan, ianya telah dibatal dan kadar yang dikenakan sekarang adalah kadar tahun 1994, iaitu pada kadar asal. Tak timbul soal ada sebarang kenaikkan." jelas sumber berkenaan.
Jelas, tindakan Si Tuan Berahim membuat tuduhan melulu mengenai kenaikkan cukai tanah melebihi 100 peratus itu hanya merupakan satu pembohongan puak - puak PAS tu semata - mata.

Sekarang kita cabar Si Tuan Berahim tu untuk tampil dalam sidang media dan mendedahkan bukti mengenai isu kenaikkan cukai tanah yang didakwa sebelum ini. Setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!!

Dan tidak mustahil sekiranya Si Tuan Berahim tu sendiri telah ditipu dan diperdayakan oleh puak - puak yang selama ini menyokong Si Mat Syabun tu untuk memalukan dia secara terbuka. Sekarang, Si Mat Syabun tu ada bahan untuk berkempen. Lepas ni dia boleh kata Tuan Berahim tu seorang Kaki Penipu!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. ularmak pas memang menjadikan menipu & memfitnah lumrah hidup mereka....halal haram bukan perhitungan lagi...munafik berlindung di sebalik serban & jubah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka dah yakin masuk syurga.. buat apa pun waima berzina dgn isteri orang pun tak da masalah...
      Sambil mengipas ketiak busuk

      W Azizah alKipas

      Padam
  2. Zaman sekarang jangan nak temberang pakai serban dan jubah orang kampung dah kenal sangat kaki penipu dan pembohong si munafik ularsemak PAS ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping